suria

Neera Azizi bunting pelamin, gementar bakal bergelar ibu

Neera meluahkan rasa syukur bakal bergelar ibu.

PELAKON dan penyampai radio Neera Azizi berkongsi khabar gembira apabila disahkan hamil anak sulung dan usia kandungan memasuki 13 minggu. 

Meluahkan rasa syukur, Nurazneera Azizi, 27, memberitahu keadaan dirinya kini semakin stabil selepas memasuki trimester kedua. 

"Inilah orang kata bunting pelamin. 

"Awal kehamilan saya mengalami alahan yang teruk sehingga tidak boleh bau makanan. Sekarang sudah masuk trimester kedua semuanya lebih baik," katanya kepada mStar. 

Neera dan suami sedia menempuh fasa baharu membina keluarga. 

Neera sebelum itu memuat naik gambar imbasan kehamilan untuk memaklumkan dia kini berbadan dua. 

Bercakap lanjut, pelakon ini mengakui gementar untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu.

Namun bagi Neera semua akan berlaku secara semula jadi apabila bayinya dilahirkan nanti. 

ARTIKEL BERKAITAN: Neera Azizi kini bergelar isteri mutawif 

ARTIKEL BERKAITAN: 5 hari menjelang pernikahan, Neera Azizi tak senang duduk

"Nak kata sudah bersedia saya pasti semua orang akan cakap gementar.

"Tapi saya percaya apabila bayi kecil ini sudah lahir nanti secara automatik kita akan bersedia," jelasnya. 

Untuk rekod Neera mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hafizi Mohd Noor pada 11 Julai lalu dalam satu majlis yang berlangsung di Subang Jaya, Selangor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain