suria

Ramai geng makcik-makcik ‘cair’ dengan Hadie

Hadie kini lebih yakin dan bersikap terbuka.

PESERTA program Talk To My Manager (TTTM), Hadie yang juga anak kepada penyanyi Ina Naim mengakui kebanyakan penyokongnya datang daripada golongan lebih berusia kerana mereka merupakan peminat kedua ibu bapanya. 

Hadie atau nama sebenarnya Ehmad Hadie Elfardie Mohd Suhaimi,17, berkata dia tidak menganggap penyokongnya itu sebagai sekadar peminat, sebaliknya sebuah keluarga yang sentiasa memberikan semangat dan doa.

"Pertama kali saya nak ucapkan terima kasih kepada golongan makcik-makcik (individu lebih berusia) yang sudi berikan sokongan. 

Hadie (tengah) mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang memberikan sokongan.

"Saya tak rasa pun penyokong saya ini sebagai peminat tetapi mereka semua adalah keluarga angkat yang selalu mendoakan saya. 

"Saya perasan peminat saya ini kebanyakannya daripada peminat arwah ayah dan ibu. Jadi mereka turunkan (peminat) kepada anaknya pula. Saya hargai semuanya," katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Hadie turut berkongsi tentang perubahan sikap yang dialaminya selepas menyertai program TTMM. 

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat ‘kenenkan’ Hadie, Audra... Ina Naim titip pesan pada anak - “Saya percaya dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen dakwa ‘tak rileks’ terima teguran, Ina Naim akui kesilapan… Minta jangan kaitkan dengan kisah silam

Kata Hadie, sebelum ini dia dikenali sebagai jejaka pemalu, namun perlu belajar menjadi lebih peramah. 

"Kalau orang yang kenal saya ini memang sangat pemalu dan introvert. Tapi dengan adik-adik dan keluarga saya tidak begini. 

"Namun mulai sekarang saya perlu biasakan diri dan tidak boleh jadi introvert lagi. Insya-Allah dah tak malu-malu.

"Selagi apa yang saya buat ini tidak melanggar batas dan berdosa, saya akan cuba buat yang terbaik," ujarnya. 

Hadie (kanan) merupakan anak kepada Ina dan arwah Suhaimi.

Bagaimanapun, Hadie tidak menafikan perubahan sikapnya itu banyak dipengaruhi oleh rakan-rakan peserta dalam TTMM yang membuatkan dirinya jadi lebih yakin berdepan dengan orang ramai. 

"Mungkin juga saya dipengaruhi oleh kawan-kawan dalam TTMM ini. Saya tak perlu sebut pun nama mereka, saya yakin anda semua tahu siapa (Auddra dan Ammar). 

"Saya nak ucapkan terima kasih juga disebabkan mereka saya jadi seperti ini (lebih ceria dan peramah)," katanya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain