suria

“Buktikan semangat hingga peperangan terhenti” - Ardell Aryana

Ardell seru seluruh rakyat terus bersuara.

PENGLIBATAN dalam misi Global Sumud Flotilla dianggap satu kejayaan besar buat pelakon dan aktivis, Ardell Aryana kerana telah membuka mata masyarakat dunia tentang krisis kemanusiaan di Gaza, Palestin. 

Menurut Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, kesedaran itu dapat dilihat menerusi respons masyarakat antarabangsa, meskipun dia sendiri tidak berjaya menembusi sekatan untuk menghantar bantuan selepas ditahan tentera Israel.

"Mungkin untuk runtuhkan sekatan tidak berjaya dan mungkin ada yang kecewa. 

Perkongsian Ardell di Instagram. 

"Tetapi kita semua seluruh negara bejaya break the silence untuk memberi tekanan kerana kuasa suara lebih hebat jika bersatu untuk gerunkan laknatullah ini. Pastinya mereka akan kalah. Misi kemanusiaan ini belum selesai," katanya. 

Ardell menulis perkara tersebut dalam satu hantaran baharu di Instagram miliknya selepas lama berdiam apabila dia ditahan oleh tentera Israel. 

Dia yang baru tiba di tanah air pada malam Selasa tetap bersemangat untuk terus memperjuangkan nasib warga Palestin yang kini sedang bergolak dalam perang. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ardell Aryana rebah di KLIA ketika kendong anak, suasana bertukar cemas… Nadzmi bergegas lihat keadaan isteri 

ARTIKEL BERKAITAN: Nadzmi Adhwa tunggu Ardell dengan bunga, Yusuf turut naik bas persiaran… 2,000 sambut kepulangan pejuang GSF di KLIA

Malah dia terus menyeru orang ramai untuk bersuara agar peperangan dapat dihentikan. 

"Semangat kalian bukan sia-sia. Buktikan semangat kita bersama bukan hanya sementara tetapi luar biasa sehingga peperangan ini terhenti," luahnya. 

Ardell yang menyertai misi GSF ditahan selama tiga hari oleh tentera Israel selepas kapal mereka dipintas pada 2 Oktober lalu. 

Dia bersama sukarelawan lain dibebaskan dan dibawa ke Turkiye sebelum pulang ke Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain