suria

Arash Mohamad sudah bercerai setahun lalu

Arash dikhabarkan sudah bercerai sejak setahun lalu.

PELAKON Arash Mohamad dikhabarkan sudah bercerai dengan isterinya, Noor Afidahwati Mohammad selepas hampir 17 tahun mendirikan rumah tangga. 

Menurut sumber mStar, hubungan pasangan itu dikatakan berakhir pada pertengahan tahun lalu, namun sehingga kini pelakon berkenaan memilih mengunci mulut. 

Malah usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Arash tidak berjaya apabila panggilan dibuat tidak dijawab.

Arash (kanan) sudah mendirikan rumah tangga sejak 2007.

Lebih menguatkan spekulasi tersebut, Arash juga dikatakan sudah lama tidak memuat naik foto atau gambar bersama isterinya itu.

Hasil tinjauan mendapati kali terakhir Arash memuat naik gambar bersama isterinya adalah pada April 2023. 

ARTIKEL BERKAITAN: Usia 55 tahun Arash Mohd masih steady, makan nasi sekali seminggu cara jaga kesihatan

ARTIKEL BERKAITAN: Makin tua makin menjadi... Arash Mohd tergagap disamakan dengan Richard Gere - “Saya malu, belum sampai tahap tu lagi”

Sebelum ini, Arash pernah mengakui bahawa dia reda dengan takdir yang sudah tertulis kerana masih belum dikurniakan zuriat. 

Kata Arash, dia dan isteri sentiasa positif dan menganggap belum ada rezeki untuk mereka menimang cahaya mata. 

Untuk rekod, Arash mendirikan rumah tangga dengan Noor Afidahwati pada 25 Disember 2007.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain