suria

Kamal Adli mahu pertahankan perkahwinan, ada usaha berdamai

Peguam Kamal memberitahu anak guamnya masih sayangkan rumah tangganya.

PEGUAM kepada pelakon Kamal Adli, Abdul Hadi Mohammad Salleh memberitahu pihaknya masih belum mengetahui mengenai hantaran yang dibuat aktres Uqasha Senrose berkenaan status perkahwinan anak guamnya.

Menurut Abdul Hadi, dia perlu menyemak secara terperinci sebelum berkongsi lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

"Saya tak semak lagi hantaran yang dimuat naik Uqasha. Saya tak dapat komen apa-apa sebab tak tahu lagi mengenainya," katanya kepada mStar.

Kamal sudah usaha jaga keharmonian rumah tangganya.

Sebelum ini, Uqasha memuat naik hantaran yang meluahkan tentang status perkahwinannya bersama Kamal.

Menurut Abdul Hadi, anak guamnya sudah berusaha untuk menjaga keharmonian rumah tangga bersama isterinya sebelum Uqasha memfailkan perceraian pada 1 Oktober lalu.

"Setakat perbincangan kami, Kamal memang nak pertahankan perkahwinan.  

"Saya yakin pihak Kamal ada cuba usaha, cuma tak pasti bagaimana ia berlaku kerana itu hal peribadi mereka," katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hilang sabar, tiada persefahaman punca Uqasha Senrose fail cerai terhadap Kamal Adli… “Jangan tidak hadir begini, saya pun ada kerja”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kamal Adli gagal hadir, prosiding cerai Uqasha Senrose ditangguh minggu depan… “Jika tiada jodoh ini pengakhiran mereka”

Tambahnya, Kamal berada dalam keadaan tenang walaupun rumah tangganya sedang hangat menjadi perhatian ramai.

Malah ketika ditanya dakwaan anak guamnya sudah tidak tinggal sebumbung dengan isteri, Abdul Hadi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Setakat hari ini, Kamal dalam keadaan okay. Kamal maklum mengenai perceraian ini dan selepas itu dia lantik saya sebagai peguam. 

"Apa yang ditulis dalam permohonan cerai adalah tiada persefahaman serta  berlaku masalah berpanjangan namun tak sebut sejak bila. Malah tidak dinyatakan mereka masih tinggal sebumbung atau tidak," ujarnya. 

Setakat perbincangan kami, Kamal memang nak pertahankan perkahwinan.  

ABDUL HADI

PEGUAM KAMAL ADLI

Pada pagi Rabu, Uqasha hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi mengikuti prosiding sebutan cerai kali pertama.

Uqasha dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 1 Oktober lalu.

Sebelum ini rumah tangga Kamal dan Uqasha menjadi bualan ramai susulan mereka sudah tidak saling mengikuti di Instagram.

Abdul Hadi (kanan) memberitahu Kamal berada dalam keadaan tenang walaupun rumah tangganya sedang diuji.

Malah netizen juga mendakwa Uqasha mula memberi pelbagai bayangan mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain