suria

Hubungan 17 tahun berakhir, bekas isteri Arash Mohamad sahkan sudah bercerai

Sudah setahun Arash dan bekas isteri bercerai.

HAMPIR 17 tahun melayari bahtera rumah tangga, isteri kepada pelakon Arash Mohamad, Noor Afidahwati Mohammad mengesahkan sudah bercerai secara rasmi sejak setahun lalu.

Menurut Noor Afidahwati, dia nekad berkongsi perkara tersebut bagi mengelakkan sebarang fitnah dan salah faham yang mungkin timbul di kemudian hari.

"Bismillahirahmannirrahim. Tujuan hantaran ini hanyalah untuk mengelakkan fitnah dan salah faham. 

Perkongsian Noor di Instagram miliknya.

"Setahun sudah berlalu… Kisah 17 tahun kami berakhir dengan lafaz yang sah. 

"Kini kami bukan lagi suami isteri, hanya dua hati yang pernah bertemu, lalu memilih jalan masing-masing," katanya.

Noor Afidahwati berkongsi kenyataan tersebut menerusi hantaran di laman Instagram miliknya pada Rabu.

Tambah Noor Afidahwati, dia mendoakan agar ketenangan yang dirasai terus berkekalan dan sentiasa mendapat doa baik daripada orang sekeliling.

ARTIKEL BERKAITAN: Arash Mohd sudah bercerai setahun lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Makin tua makin menjadi... Arash Mohd tergagap disamakan dengan Richard Gere - “Saya malu, belum sampai tahap tu lagi”

"Semoga tenang ini kekal, dan doa yang baik terus mengiringi setiap langkah," ujarnya.

Dalam pada itu, usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Arash Mohamad tidak berjaya apabila panggilan telefon yang dibuat tidak dijawab.

Untuk rekod, Arash Mohamad telah mendirikan rumah tangga bersama Noor Afidahwati pada 25 Disember 2007 dan mereka dikurniakan cahaya mata hasil perkahwinan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain