suria

Tarikh akad berbeza dengan sijil nikah, Uqasha Senrose persoal perkahwinan dengan Kamal Adli sah atau tak?

Uqasha mempersoalkan tentang pengesahan nikah bersama Kamal (kiri).

SELEPAS memfailkan perceraian terhadap suami, pelakon Uqasha Senrose kini tampil mempersoalkan kesahihan pernikahannya bersama aktor Kamal Adli yang berlangsung pada November 2021.

Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, mendakwa terdapat perbezaan antara tarikh dan masa akad nikah sebenar dengan yang tertera pada sijil nikah.

"Allah Maha Besar, masya-Allah satu lagi aku dinikahkan dan diakad atas pengetahuan aku pada 5 November 2021 pukul 9 pagi tapi sijil nikah aku dinikahkan pada 4 November 2021 pada pukul 9.30 malam. 

Perkongsian Uqasha di Instagram miliknya.

"Allahuakbar, adakah sah perkahwinan ini tanpa pengetahuan bakal isteri? Sah ke? Cukup ke syarat kahwin?" katanya. 

Uqasha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu. 

Dalam masa sama, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu turut meluahkan kebimbangannya mengenai maklumat yang tertera pada sijil nikah kerana mendakwa dilakukan tanpa pengetahuannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose fail cerai, prosiding sebutan pertama ditetapkan hari ini

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hilang sabar, tiada persefahaman punca Uqasha Senrose fail cerai terhadap Kamal Adli… “Jangan tidak hadir begini, saya pun ada kerja”

Malah, Uqasha juga memohon pandangan para agamawan untuk melihat situasi yang dialaminya itu. 

"Selama ini aku diperbodohkan oleh seluruh keluarganya dan bapa saya dimanipulasi oleh dia dan keluarga untuk kata sah sebab dah ada wali? 

"Ustaz dan ustazah mohon tolong saya," ujarnya. 

Uqasha dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya iaitu pada 1 Oktober lalu.

Sebelum ini rumah tangga Kamal dan Uqasha menjadi bualan ramai susulan mereka sudah tidak saling mengikuti di Instagram.

Allahuakbar, adakah sah perkahwinan ini tanpa pengetahuan bakal isteri? Sah ke? Cukup ke syarat kahwin?

UQASHA SENROSE

PELAKON

Malah netizen juga mendakwa Uqasha mula memberi pelbagai bayangan mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain