suria

Abby Abadi minta menantu perinci kesalahan, Aslam tak pernah bersemuka mohon maaf

Abby persoalkan tindakan Aslam tentang permohonan maaf.

PELAKON Abby Abadi meminta menantunya iaitu Ahmad Aslam memperincikan permohonan maaf secara peribadi yang pernah dibuat kepadanya sebelum ini.

Abby atau Arbaiyah Abdul Rahman, 48, berkata, Aslam tidak pernah bersemuka dengannya untuk memohon maaf sepanjang lebih setahun dia berkahwin dengan anak perempuannya iaitu Marissa Dania.

"Bila minta maaf itu Aslam? Sudah alang-alang update dekat Thread ini, cuba terangkan dekat sini masa dan keadaan semasa minta maaf itu macam mana?

Abby tak puas hati dengan permohonan maaf dari Aslam.

"Ada apa-apa yang keluar tak dari mulut saya waktu itu? Berapa lama sudah berkahwin dengan anak saya?

"Berapa kali sudah datang jumpa saya? Ada pernah bersembang dengan saya tak?," katanya.

Tidak terhenti di situ, Abby turut meminta Aslam agar berkongsi perkara itu kepada umum memandangkan orang ramai juga ingin mengetahui kesalahan pernah dilakukan secara terperinci.

ARTIKEL BERKAITAN: Aslam mohon maaf secara terbuka kepada Abby Abadi, pilih poligami demi jaga maruah Marissa Dania

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi ‘block’ akaun palsu, silap layan netizen toksik

Malah pelakon Gerak Khas itu mempersoalkan Aslam yang tidak pernah mempertahankan Marissa apabila diserang netizen.

"Mengaku bersalah dekat Thread ini, tapi apa kesalahannya? Boleh tahu? Minta cerita semua dekat sinilah sebab semua orang nak tahu.

"Akhir sekali nak tanya, orang maki hamun anak saya, kenapa tak pernah pertahankan?," luahnya.

Sebelum ini, Asalam tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Abby menerusi hantaran di Thread.

Abby menyerang Aslam dengan pelbagai pertanyaan.

Kata Aslam, 26, dia pernah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Abby namun dia memahami ibu mentuanya itu mahu dia melakukannya secara terbuka.

Aslam memberitahu dia sebelum ini berdiam diri kerana sedar banyak melakukan kesilapan pada semua pihak.

Pada Selasa lalu, Abby meluahkan rasa hairan apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu Marissa, 20, iaitu Umisya Mazlan.

Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta menantunya Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya.

Aslam mempunyai dua orang isteri iaitu Marissa dan Umisya.

Abby juga memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menekan-nekan dirinya sehingga memaksa dia untuk bersuara.

Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

Aslam dan Umisya pula mendirikan rumah tangga pada Julai 2020.

Pasangan ini pernah bercerai pada September 2023 sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.

Hasil perkahwinan tersebut, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia dua bulan.

Manakala bersama Marissa pasangan ini belum dikurniakan anak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain