SUAMI pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria pernah memberi amaran kepada Ahmad Aslam agar berhenti menganggu anak tirinya sebelum mereka berkahwin secara rahsia di Thailand.
Bukan hanya memberi amaran, Faizal atau lebih mesra disapa Jai juga pernah menampar Aslam kerana kurang senang dengan tindakannya sebelum ini.
Pun begitu, Faizal tidak berkongsi lanjut tentang tindakan yang dilakukan Aslam sehingga tercetuskan perbalahan di antara mereka.
Abby dan Aslam berbalas kenyataan di media sosial.
"Aslam oh Aslam, selama ini aku diam saja fasal apa kau buat. Dari awal kes kantoi aku sudah lempang kau siap amaran lagi... sampailah kejadian itu.
"Aku tak nak cerita fasal itu," tulisnya di platform Thread pada Khamis.
Menurut Faizal, bukan hanya perkataan maaf namun Aslam juga tidak pernah mengakui perbuatan dilakukan.
ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi minta menantu perinci kesalahan, Aslam tak pernah bersemuka mohon maaf
ARTIKEL BERKAITAN: Aslam mohon maaf secara terbuka kepada Abby Abadi, pilih poligami demi jaga maruah Marissa Dania
Jelasnya, Aslam selama ini berlagak seperti tiada pernah membuat sebarang kesalahan sekali gus menyifatkan menantunya itu sebagai lelaki tidak bertanggungjawab.
"Kau sejak kes itu tak pernah ada perkataan minta maaf pun, tak pernah datang berdepan mengaku apa kau buat.
"Yang kau tahu buat ‘macho’ seolah-olah tidak ada kesalahan. Kau memang tak ada tanggungjawab pun.
Perkongsian Faizal raih perhatian ramai.
"Kau ingat setiap apa yang berlaku boleh hilang macam itu saja ke? Maaf tak pernah hilang dalam fikiran aku," luahnya.
Sebelum ini, Asalam tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Abby menerusi hantaran di Thread.
Kata Aslam, 26, dia pernah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Abby namun dia memahami ibu mentuanya itu mahu dia melakukannya secara terbuka.
Aslam memberitahu dia sebelum ini berdiam diri kerana sedar banyak melakukan kesilapan pada semua pihak.
Aslam akur lakukan permohonan maaf secara terbuka.
Abby dalam satu kenyataan pula menuntut Aslam memperincikan kesalahan yang pernah dibuat sebelum ini.
Pada Selasa lalu, Abby meluahkan rasa hairan apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu anaknya Marissa Dania, 20, iaitu Umisya Mazlan.
Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya.
Abby juga memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menekan-nekan dirinya sehingga memaksa dia untuk bersuara.
Marissa lebih selesa mendiamkan diri.
Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
Aslam dan Umisya pula mendirikan rumah tangga pada Julai 2020.
Pasangan ini pernah bercerai pada September 2023 sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.
Hasil perkahwinan tersebut, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia dua bulan.
Manakala bersama Marissa pasangan ini belum dikurniakan anak.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!