suria

Anak Abby Abadi mahu selesai kemelut keluarga secara peribadi bukan di media sosial

Marissa enggan memanjangkan kemelut keluarganya di media sosial.

ANAK kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania mengambil pendekatan menyelesaikan kemelut rumah tangga secara peribadi dan bukannya melalui media sosial. 

Marissa, 20, turut meminta orang ramai menghormati keputusan tersebut dan memohon maaf sekiranya perkara itu menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat. 

“Dari pihak saya, semuanya saya selesaikan secara peribadi dengan semua yang terlibat. Tiada balas-membalas di media sosial. 

“Mohon hormati kalian dalam hal ini ya. Saya minta maaf sekiranya ada khilaf atau menimbulkan salah faham,” katanya. 

Marissa berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Threads miliknya. 

Kenyataan Marissa yang dimuat naik di Threads.

Kenyataan Marissa yang dimuat naik di Threads.

Dalam pada itu, menerusi sebuah hantaran di Instagram, Marissa turut mendapat perhatian ramai apabila memuat naik foto di kawasan perkuburan dipercayai milik cahaya mata yang pernah dikandung. 

Kata Marissa, meskipun tidak berkesempatan untuk menjaga bayi tersebut, tetapi dia tetap akan menjadi pelindung kepada anaknya itu. 

“Tiada siapa yang boleh melindungi awak melainkan saya. Walaupun awak sudah tiada di sini (meninggal dunia), apa pun yang terjadi saya sentiasa akan menjadi pelindung. 

“Allhamdulillah saya sempat mengandungkan dan melahirkan, cuma tak ada peluang untuk menjaga anak saya.

“Tapi itu bukan bermakna tiada kasih sayang dan ruang untuk berkata sesuka hati,” ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Aslam mohon maaf secara terbuka kepada Abby Abadi, pilih poligami demi jaga maruah Marissa Dania

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi minta menantu perinci kesalahan, Aslam tak pernah bersemuka mohon maaf

Sebelum ini, suami Marissa iaitu Aslam tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Abby menerusi hantaran di Thread.

Kata Aslam, 26, dia pernah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Abby namun memahami ibu mentuanya itu mahu dia melakukannya secara terbuka.

Aslam memberitahu dia sebelum ini berdiam diri kerana sedar banyak melakukan kesilapan kepada semua pihak.

Abby dalam satu kenyataan pula menuntut Aslam memperincikan kesalahan yang pernah dibuat sebelum ini.

Pada Selasa lalu, Abby meluahkan rasa hairan apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu Marissa iaitu Umisya Mazlan. 

Aktres berkenaan mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta menantunya Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya. 

Marissa (kanan) mahu menyelesaikan masalah rumah tangga secara peribadi.

Marissa (kanan) mahu menyelesaikan masalah rumah tangga secara peribadi.

Abby juga memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menekan-nekan dirinya sehingga memaksa dia untuk bersuara.

Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

Aslam dan Umisya pula mendirikan rumah tangga pada Julai 2020.

Pasangan ini pernah bercerai pada September 2023 sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.

Hasil perkahwinan tersebut, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia dua bulan.

Manakala bersama Marissa pasangan ini belum dikurniakan anak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain