suria

Abby Abadi dedah sebab suami tampar Aslam, Marissa masih bawah umur

Abby (kanan) mendedahkan sebab suami pernah menampar Aslam (kiri) satu ketika dulu.

PELAKON Abby Abadi memberitahu punca suaminya iaitu Muhammad Faizal bertindak menampar Aslam adalah disebabkan lelaki itu menjalinkan hubungan cinta dengan anaknya yang masih di bawah umur. 

Jelas Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, ketika itu Marissa Dania masih bersekolah rendah dan silapnya tidak bertegas menyebabkan hubungan mereka berlarutan.

“Kenapa bapa tiri yang lempang Aslam? Sebab masa berlakunya kejadian itu Marissa bawah umur dan di bawah jagaan saya dan suami (bapa tiri Marissa). 

“Ini bukan hal baru, ia berlaku masa Marissa sekolah rendah ya. Silap saya dan suami kerana tidak bertegas dan beri peringatan awal,” katanya. 

Kenyataan Abby yang dimuat naik di Threads miliknya.

Kenyataan Abby yang dimuat naik di Threads miliknya.

Abby berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Jumaat. 

Dalam pada itu, Abby memberitahu bekas suaminya iaitu pelakon Norman Hakim tidak mengetahui akan hal tersebut kerana tidak sempat memaklumkan kepadanya. 

Ujar pelakon drama Gerak Khas ini lagi, sekiranya pada waktu itu dia membuat laporan polis, sudah tentu Aslam akan dikenakan tindakan undang-undang.

“Bapanya (Norman) tak tahu fasal ini sebab saya tak sempat nak bercerita rasanya. Dua-dua memang salah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Abby pernah tampar Aslam, sifatkan menantu lelaki tak bertanggungjawab

ARTIKEL BERKAITAN: Silap terlalu berlembut, Abby Abadi kecewa dengan bekas suami berhubung isu anak

“Tapi kalau saya buat laporan polis waktu itu, Aslam yang akan ke dalam kan? Kalau report waktu itulah tapi saya tak sampai hati. 

“Sekarang bercerita sebab pihak tu (Aslam) nak berlawan sangat kan? Kata dah minta maafkan? Yang hal 10 tahun dulu pun tak pernah minta maaf, tiba-tiba muncul minta maaf terbuka,” ujarnya. 

Sebelum ini, suami Marissa iaitu Aslam tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Abby menerusi hantaran di Threads.

Kata Aslam, 26, dia pernah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Abby namun memahami ibu mentuanya itu mahu dia melakukannya secara terbuka.

Aslam memberitahu dia sebelum ini berdiam diri kerana sedar banyak melakukan kesilapan kepada semua pihak.

Abby dalam satu kenyataan pula menuntut Aslam memperincikan kesalahan yang pernah dibuat sebelum ini.

Pada Selasa lalu, Abby meluahkan rasa hairan apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu Marissa iaitu Umisya Mazlan. 

Kemelut yang berlaku dalam rumah tangga Marissa (kanan) nampaknya masih belum selesai.

Kemelut yang berlaku dalam rumah tangga Marissa (kanan) nampaknya masih belum selesai.

Aktres berkenaan mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta menantunya Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya. 

Abby juga memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menekan-nekan dirinya sehingga memaksa dia untuk bersuara.

Marissa menerusi kenyataan yang dibuat pada Jumaat bagaimanapun memberitahu dia mengambil pendekatan menyelesaikan kemelut keluarga secara peribadi dan bukannya melalui media sosial. 

Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain