suria

Sebutan tiga kes rumah tangga Zahnita dan suami disambung tarikh baharu

Kes syariah melibatkan pasangan ini dibawa ke tarikh baharu.

KONFLIK rumah tangga membabitkan model Zahnita Wilson bersama suami iaitu Abdul Zackery Ghouse nampaknya masih berpanjangan dan belum menemui titik noktah.

Ini selepas sebutan bagi tiga kes iaitu permohonan cerai, perintah injunksi terhadap gangguan, tuntutan hadanah atau hak lawatan serta hak bermalam terhadap anak-anaknya dibawa ke tarikh baharu.

Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang iaitu Borhan Hussin memerintahkan pasangan ini memfailkan dokumen hujahan untuk permohonan perintah injunksi pada 25 April ini.

Manakala pengurusan kes hadanah pula pada 24 Julai depan.

Zahnita hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada pagi Jumaat.

Zahnita hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada pagi Jumaat.

Sementara itu, pasangan ini juga sudah melantik hakam keluarga bagi permohonan perceraian yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan.

Zahnita, 40, melantik abangnya iaitu Muhammad Julian dan Zackery, 47, diwakili sepupunya, Preves Yusof.

Hakim syarie yang mengendalikan taklimat hakam tersebut ialah Mohd Fahmi Abd Jalil dan kes berkenaan akan disambung semula pada 19 Mei depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita pilih diam dakwaan bekas rakan kongsi, muat naik laporan kesihatan di IG

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa lelaki berbaju raya di rumah Zahnita?

Zahnita diwakili peguam Nur Asyikin, manakala Zackery melantik peguam Aminuddin Abdullah bagi ketiga-tiga kes yang berlangsung pada Isnin.

Pada 3 Disember tahun lalu, Zahnita memfailkan cerai terhadap suaminya, Zackery di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.

Kemudian, Zackery didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang atas dua pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan dadah.

Zahnita juga diberikan hak hadanah interim terhadap empat anaknya pada 6 Disember 2024.

Zackry didakwa atas dua pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan dadah.

Zackry (kanan) didakwa atas dua pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan dadah.

Sebelum ini, Zackery berkongsi khabar gembira apabila mahkamah membebaskan dirinya daripada dakwaan mendera empat orang anaknya pada 28 Februari lalu.

Bagaimanapun Zackery tidak menyatakan secara terperinci mengenai dakwaan berkenaan.

Untuk rekod, Zahnita dan Zackery mendirikan rumah tangga pada 2005.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain