suria

Silap terlalu berlembut, Abby Abadi kecewa dengan bekas suami berhubung isu anak

Abby meluahkan kekesalan terhadap kesilapan yang dilakukan sejak dulu.

KECEWA dengan masalah keluarga yang dihadapi, pelakon Abby Abadi mengakui berasa kesal dengan sikap bekas suami berhubung isu anak-anak mereka. 

Meskipun sudah berbelas tahun bercerai dengan pelakon Norman Hakim, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata masih banyak perkara yang tidak selesai.

Kata Abby, dia tidak mahu membangkitkan isu tersebut kerana bimbang dituduh membuka aib keluarga. 

Abby akui terlalu banyak kesilapan yang dilakukannya sebelum ini.

Abby akui terlalu banyak kesilapan yang dilakukannya sebelum ini.

“Perkara saling berkait, sebagai bekas isteri kepada… banyak perkara yang tidak selesai dan mengecewakan. 

“Berbelas tahun sudah, ingatkan bila berbaik, hal anak-anak akan jadi lebih baik tetapi sebagai ibu kepada anak-anak yang ada ini, saya menyesal tentang banyak perkara. Sebut nanti kata buka aib pula,” katanya. 

Abby berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada pagi Jumaat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa punya hal, Abby Abadi dan Norman pula berbalas komen tak puas hati

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Abby Abadi mahu selesai kemelut keluarga secara peribadi bukan di media sosial

Dalam pada itu, Abby memberitahu dia sudah melakukan banyak kesilapan sebelum ini termasuk terlalu berlembut dan mengalah dalam hal rumah tangga. 

“Terlalu banyak kesilapan yang saya buat, antaranya terlalu berlembut dan mengalah dalam semua hal. 

“Relaks dan tenang sangat, rupanya untuk jangka masa panjang keadaan jadi diluar jangkaan,” ujarnya. 

Untuk rekod, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan Norman pada 2002 namun bercerai pada 2009.

Abby sebelum ini terlalu berlembut dan mengalah dalam hal rumah tangga.

Abby sebelum ini terlalu berlembut dan mengalah dalam hal rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, Marissa Dania Hakim, 20, dan Danisha Hakim, 17 tahun. 

Abby kemudian bernikah dengan Muhammad Faizal Zakaria pada Ogos 2015 dan dikurniakan seorang anak yang dilahirkan secara pra-matang namun meninggal dunia selepas 70 hari menerima rawatan. 

Sementara itu Norman pula berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain