suria

Belum sedia beri kenyataan, Shila Amzah ikut nasihat polis

Shila mahu beri fokus kepada persembahan.

PENYANYI Shila Amzah memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan diserang seorang penyanyi legenda semalam. 

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata tindakannya mengunci mulut kerana bimbang ia menganggu siasatan pihak polis selain ingin menghormati konsert yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada Jumaat. 

"Shila tidak dapat memberikan sebarang kenyataan malam ini atas nasihat pihak polis serta menghormati pihak klien dan penganjur acara malam ini," katanya.

Shila pilih kunci mulut buat masa ini.

Aini berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Jumaat.

Dalam pada itu, Aini juga memaklumkan bakal mengadakan sidang media apabila Shila sudah bersedia untuk mengulas lanjut tentang isu berkenaan.

"Mohon maaf rakan-rakan. InsyaAllah bila sudah bersedia saya akan maklumkan," kongsinya.

Terdahulu satu laporan polis dibuat oleh Shila atas dakwaan diserang penyanyi legenda ketika mereka sama-sama terlibat dalam sebuah acara di Stadium Merdeka. 

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden Shila Amzah diserang penyanyi legenda, polis buka kertas siasatan… “Tiada sentuhan fizikal berlaku”

ARTIKEL BERKAITAN: Diherdik ‘tahulah apa nasib kau nanti’, Shila Amzah takut diancam penyanyi rock lelaki

Laporan dibuat pada pukul 5.30 petang Khamis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur. 

Shila sebelum itu berkongsi kejadian diserang dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. Namun tidak memperincikan punca serangan itu berlaku.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, polis mengesahkan menerima laporan pada pukul 5.31 petang di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi. 

Kes siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain