HERDIKAN secara kuat di hadapan orang ramai dikatakan menjadi punca Shila Amzah tampil membuat laporan polis terhadap seorang penyanyi rock lelaki.
Menurut sumber kejadian berlaku secara tiba-tiba sebaik Shila selesai membuat persembahan ketika sesi latihan sebuah konsert di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur semalam.
Penyanyi itu dikatakan menghampiri Shila dan menjerit seolah-olah memberi amaran disebabkan suatu perkara yang tidak tahu punca sebenar.
Shila tampil membuat laporan polis kerana merasa takut.
"Aku dah lama cari kau. Tahulah apa nasib kau nanti," jerit penyanyi lelaki itu.
Difahamkan semasa kejadian terdapat ramai saksi yang berada di sekitar lokasi berkenaan.
Susulan itu, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 35, tampil membuat laporan polis pada hari sama kerana berasa takut.
ARTIKEL BERKAITAN: Insiden Shila Amzah diserang penyanyi legenda, polis buka kertas siasatan… “Tiada sentuhan fizikal berlaku”
ARTIKEL BERKAITAN: Polis sahkan terima laporan Shila Amzah diserang penyanyi legenda
Kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 11 pagi Khamis bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Dalam satu kenyataan sebelum ini, polis mengesahkan menerima laporan pada pukul 5.31 petang di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi.
Kes siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube