suria

“Tidak mudah untuk saya hari ini, tapi saya berjaya lakukan” - Shila Amzah

Shila terlihat tenang menyanyi di hadapan penonton.

KEMUNCULAN penyanyi Shila Amzah pada konsert Ulang Tahun ke-20 Mr. D.I.Y yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada Jumaat antara yang dinanti-nantikan.

Membuka pentas sebagai penyanyi pertama yang membuat persembahan, Shila berjaya memukau penonton menerusi lagu Firework nyanyian asal Katy Perry.

Shila juga sempat menyapa penonton yang hadir dan berkongsi penghargaan apabila berpeluang berada di atas pentas itu. 

Shila tetap berikan persembahan bertenaga.

“Tidak mudah untuk saya hari ini. Tapi saya berjaya lakukan,” katanya kepada peminat. 

Istimewanya, Shila bukan sahaja bercakap dalam bahasa Melayu, tetapi turut bertutur dalam bahasa Mandarin membuatkan suasana bertambah gamat.

Shila kemudian terus menyampaikan lagu popularnya berjudul Memori Tercipta sebelum mennyampaikan lagu bahasa Mandarin berjudul Xiang Ni De Ye. 

ARTIKEL BERKAITAN: Belum sedia beri kenyataan, Shila Amzah ikut nasihat polis

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden Shila Amzah diserang penyanyi legenda, polis buka kertas siasatan… “Tiada sentuhan fizikal berlaku”

Menutup persembahan Shila segera meninggalkan pentas bagi memberi laluan kepada artis seterusnya. 

Penyanyi itu juga sempat merakamkan gambar beramai-ramai bersama peminat. 

Kehadiran Shila menjadi perhatian ramai selepas kecoh isu dia diherdik oleh seorang penyanyi rock lelaki ketika menghadiri sesi latihan konsert berkenaan pada Khamis. 

Kejadian itu memberi kesan kepada Shila sehingga dia terpaksa membuat laporan polis pada hari sama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Shila belum bersedia memberi sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut.

Polis mengesahkan laporan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. 

Pihak media cuba bertemu dan mendapatkan kenyataan daripada Shila namun gagal. 

Shila sebelum ini melalui pengurusnya  memberitahu belum bersedia untuk memberi sebarang komen berhubung insiden yang berlaku.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain