SEBUAH rumah banglo dipercayai milik seorang penyanyi legenda tanah air yang meninggal dunia akibat masalah paru-paru dua tahun lalu dikatakan bakal dilelong pada 28 Ogos ini.
Menerusi hantaran di Facebook Selangor Auction Property, rumah banglo 2.5 tingkat lot sudut yang terletak di SS18, Subang Jaya itu dilaporkan telah didaftarkan atas nama arwah bersama seorang ahli keluarga dipercayai anaknya.
"Rumah atas nama ibu dan anak. Ibu adalah seorang ikon dan penyanyi legenda di Malaysia. Beliau meninggal dunia akibat masalah paru-paru dua tahun lalu.
Rumah 2.5 tingkat ini dipercayai terletak di Subang Jaya. FOTO: SETTLERS MY
"Tahun ini rumah beliau dilelong. Entah kenapa dan tak pasti apa yang dah berlaku selepas itu. Doa semoga dipermudahkan segala urusan bagi keluarga beliau," tulis kapsyen itu.
Berdasarkan maklumat lelongan, rumah berstatus pegangan bebas (freehold) itu mempunyai keluasan tanah sekitar 3,457 kaki persegi dengan lima bilik tidur dan empat bilik air.
Difahamkan rumah terbabit merupakan lelongan kali pertama dan harga rizab ditetapkan mahkamah sebanyak RM1.2 juta iaitu lebih rendah berbanding harga pasaran yang dianggarkan sekitar RM1.7 juta.
ARTIKEL BERKAITAN: Rumah teres Farid Kamil dilelong bermula RM522,000
ARTIKEL BERKAITAN: Rakan gagal bayar sewa punca rumah bakal dilelong, Farid Kamil sedang usaha selesai tunggakan
Meninjau ke ruangan komen netizen sudah mula membuat spekulasi mengaitkan beberapa nama penyanyi legenda yang dipercayai pemilik rumah berkenaan.
Perkongsian yang dimuat naik sejak kelmarin itu juga menarik perhatian ramai apabila menerima lebih 370 komen dan 114 'share' (kongsi hantaran) di Facebook.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube