PENYANYI dan pelakon, Aliff Aziz meluahkan kerinduan yang mendalam terhadap dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang dikatakan terputus hubungan sejak tahun lalu.
Menurut Aliff, 33, dia sudah lama tidak berpeluang melihat mahupun berhubung secara langsung dengan kedua-dua cahaya matanya itu.
“Saya rindu sangat. Doa saya setiap hari adalah untuk dapat lihat mereka semula, dan sampaikan segala yang saya simpan dalam hati.
“Daddy sentiasa ingat dan mendoakan Ayden dan Ara… I love you so much and I miss you,” katanya dalam satu temu bual bersama media di Singapura
Meskipun jauh di mata, Aliff tetap mengikuti perkembangan Ayden dan Ara terutama ketika menjelang tarikh lahir mereka iaitu pada lapan dan 18 Julai.
Aliff beritahu sudah setahun terputus hubungan dengan anak-anak.
Aliff turut menyuarakan hasrat agar suatu hari nanti takdir mempertemukan mereka semula supaya dia dapat menjelaskan banyak perkara yang terpendam selama ini.
Dalam pada itu, Aliff mengakui dia berasa bersalah kerana tidak dapat berada di sisi anak-anak ketika mereka melalui fasa penting dalam proses membesar.
Namun, apa yang paling merisaukan, katanya, adalah penerimaan anak-anak terhadap dirinya kelak, terutama apabila berdepan persepsi masyarakat.
Jelasnya lagi, dia sering berasa dilema untuk memilih antara terus berdiam demi bagi menjaga hati banyak pihak atau mengambil tindakan undang-undang yang berisiko menambah ketegangan.
ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz reda, doakan kebahagiaan Bella Astillah dan Syed Saddiq
ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz minta maaf pada anak, hanya mampu kirim doa sempena hari jadi
Justreru, Aliff memilih untuk menumpukan perhatian kepada pemulihan diri dan mengatur langkah untuk bangkit kembali.
Untuk rekod, Aliff mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Bella Astillah pada 2016 dan bercerai dengan talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrian, 8, dan Ara Adreanna, 5 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube