AKTRES Zahirah MacWilson meluahkan rasa kurang senang terhadap kenyataan yang dibuat pelakon Indonesia, Whulandary Herman kerana didakwa telah ditokok tambah.
Zahirah berkata, kenyataan yang dibuat kepada media disifatkan agak berlebihan sekali gus boleh mengundang salah faham netizen kerana seolah-olah dia mengizinkan sebarang adegan dilakonkan bersama suaminya Aiman Hakim Ridza.
“Memang betul dia ada mesej saya secara peribadi di Instagram. Itupun ketika penggambaran sudah bermula.
Zahirah enggan kenyataan Whulan mengundang salah faham.
"Apa yang saya bimbang sekarang adalah kenyataan yang dibuatnya itu akan menimbulkan banyak salah faham sedangkan mesej yang dihantar kepada saya hanya sekadar makluman sahaja.
"Saya juga membalasnya dengan ringkas dan beritahu ada ternampak wajahnya dalam senarai pelakon dan mengucapkan selamat maju untuk projek tersebut," katanya kepada mStar.
Menurut Zahirah, antara kenyataan dibuat pelakon itu yang dia disifatkan kurang selesa adalah berkenaan dirinya yang memahami dan meminta aktres itu tidak perlu risau dengan gandingan mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Wulandary jaga adab, minta izin Zahirah sebelum berlakon dengan Aiman Hakim Ridza… Elak situasi kekok
ARTIKEL BERKAITAN: Zahirah Macwilson doa rezeki bapa melimpah, sokong Zainol jadi hos majlis kahwin
"Rasanya dalam mesej yang dihantar tiada langsung menyebut saya sangat memahami selain memintanya jangan risau kerana Aiman sudah bercerita kepada saya.
"Dalam perbualan itu tiada langsung dia minta izin seperti akan melakukan adegan mesra hingga menyebabkan dia perlu mesej saya terlebih dahulu untuk pastikan semua selesa dan saya izinkan,"katanya.
Enggan mengeruhkan keadaan, Zahirah bagaimanapun sudah memaafkan aktres itu yang mungkin tidak sedar dengan apa yang diperkatakan dalam sesi temu bual itu.
"Bagi saya sebagai pelakon kita seharusnya profesional ketika di set penggambaran. Jadi saya tak jangka akan dapat mesej seperti itu, kemudian ditokok tambah walaupun ada yang saya tidak cakap.
Aiman (kanan) bakal berganding bersama Wulan dalam sebuah drama.
"Tapi mungkin keadaan itu membuatkan dia berasa gemuruh hingga berkongsi perkara yang tidak berlaku sewaktu perbualan ringkas kami. Apapun saya maafkan dia, mungkin dia tidak sengaja,"katanya.
Terdahulu Whulan memberitahu mengambil inisiatif untuk meminta izin terlebih dahulu kepada Zahirah sebelum berlakon dengan Aiman memandangkan terdapat babak mesra di antara mereka.
Menurut Whulan, langkah itu diambil bagi mengelakkan sebarang ketidakselesaan dan salah faham semasa menjalani penggambaran bersama.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube