suria

Caprice dedah penyanyi lelaki buat ‘sexual grooming’ terhadap pelakon kanak-kanak... Gesa polis ambil tindakan

Caprice mahu pihak berkuasa ambil tindakan segera.

PENYANYI rap dan aktivis kemanusiaan Caprice memohon pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap seorang penyanyi yang didakwa melakukan sexual grooming atau pengantunan seksual kepada pelakon kanak-kanak. 

Kata Caprice atau Ariz Ramli, 37, dia berharap tindakan sewajarnya dapat dibuat bagi melindungi kanak-kanak lain agar tidak berdepan masalah sama.

"Salam PDRM, sila angkut ini orang yang ada kerja juga bersama PDRM (Polis Diraja Malaysia). Jelas cuba grooming (pengantunan seksual) seorang budak. 

Antara perkongsian mesej yang dibuat oleh ibu pelakon kanak-kanak itu.

"Cara grooming menerusi WhatsAp harap ada tindakan secepat mungkin. Insya-Allah demi keselamatan anak-anak kita," katanya. 

Caprice berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin. 

Dalam perkongsian dibuat, Caprice turut berkongsi perbualan mesej bersama ibu pelakon kanak-kanak tersebut yang mahu mendedahkan kisah sebenar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice pertahan ‘Bidaah’, tabik produksi berani papar realiti sebenar dalam masyarakat

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh buka mulut, Caprice kini bebas kongsi fasal Ebit Lew

Dakwa ibu pelakon berkenaan, anaknya yang berusia 10 tahun itu diganggu aktor tersebut menerusi perbualan di aplikasi WhatsApp. 

Menurutnya, penyanyi berkenaan menghantar mesej untuk memberi tawaran berlakon namun dikatakan cuba mengambil kesempatan ke atas anaknya itu. 

Caprice bagaimanapun berasa kesal dengan tindakan penyanyi lelaki itu kerana dikatakan cuba melakukan perbuatan tidak senonoh selepas diberi kepercayaan. 

"Ibu bapa letak kepercayaan kepada kau untuk jaga anak mereka bukan cium dan cerita fasal sunat. Harap pihak berkuasa laju bertindak, insya-Allah," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain