suria

Penyanyi irama Malaysia ‘sexual grooming’ pelakon kanak-kanak, ibu dedah perbualan dengan anak... Pernah cium di bibir

Ibu Mikael tuntut pembelaan untuk anaknya.

IBU kepada pelakon kanak-kanak Mikael Noah iaitu Salzelin tidak akan berdiam diri apabila mendapat tahu anaknya menjadi mangsa ‘sexual grooming’ yang didakwa dilakukan oleh seorang penyanyi lelaki irama tradisional. 

Lebih mengejutkan lagi, dakwa Salzelin dia turut mendapat tahu lelaki itu pernah mencium anaknya di beberapa bahagian termasuk dahi, pipi dan bibir. 

Mula mengenali penyanyi berkenaan kerana diberi tawaran kerja  dalam sebuah pementasan teater, Salzelin tidak menyangka hubungan mereka keterlaluan sehingga anaknya itu sendiri memanggil lelaki itu dengan panggilan 'abba'. 

"Biasanya dia akan hantar Mikeal di hadapan pagar rumah, tetapi perbuatan cium itu berlaku di tangga. Mungkin dia takut sebab di hadapan rumah ada kamera litar tertutup (CCTV). Kejadian itu berlaku pada 16 Julai lalu. 

Perbualan melampau antara Mikael dan penyanyi lelaki. 

"Saya dapat tahu apabila membaca perbualan mereka di telefon anak saya. Saya terkejut sebab dia berani cium di bibir," katanya ketika dihubungi mStar. 

Salzelin sebelum itu membuat aduan kepada pempengaruh Caprice berhubung isu berkenaan. 

Dia juga telah tampil membuat laporan polis pada 21 Julai lalu atas dakwaan ‘sexual grooming’ atau pengantunan seksual yang dilakukan oleh penyanyi berkenaan. 

Menurutnya. penyanyi itu telah memberi pengaruh buruk terhadap anaknya dengan memberitahu perbuatan tersebut adalah perkara biasa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz selebriti terlibat amang seksual remaja didedah Nurul Izzah sudah didakwa 

ARTIKEL BERKAITAN: Artis popular didakwa cabul remaja selepas pertama kali jumpa, mula kenal dua bulan lalu

Salzelin juga tidak menyangka isteri kepada penyanyi berkenaan seakan-akan menyebelahi perbuatan terkutuk itu. 

"Penyanyi itu macam sudah brain wash anak saya beritahu kononnya saya cemburu dengan hubungan baik mereka. Mikael pada awalnya juga sangka apa yang dia buat itu perkara biasa. 

"Saya ada hubungi isteri penyanyi itu dan dia juga kata ia perkara biasa seperti hubungan antara ayah dan anak. Mungkin biasa bagi mereka tetapi tidak bagi saya," jelasnya. 

Mikael mula penyanyi lelaki itu beberapa bulan lalu. 

Kali terakhir Salzelin berhubung dengan lelaki itu adalah pada 20 Julai lalu. 

Tambahnya dia tidak mahu perbuatan sebegitu berlaku terhadap kanak-kanak lain kerana melihat penyanyi itu banyak bekerjasama dengan golongan bawah umur. 

"Saya lihat dia banyak bekerja dengan kanak-kanak. Mungkin dia pernah buat atau akan buat lagi. Saya tidak mahu orang lain menjadi mangsa," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain