suria

Hantar emoji gigit buntut, cium dahi dan bibir... Pelakon cilik benci selepas tersedar perbuatan penyanyi

Perbualan jijik antara penyanyi (kanan) dan pelakon kanak-kanak didedahkan di media sosial.

PERBUALAN jijik antara penyanyi irama Malaysia dan pelakon kanak-kanak Mikael Noah terus dibongkar oleh Caprice bagi mendapat perhatian pihak berkuasa. 

Menerusi paparan tangkap layar perbualan WhatsApp yang dikongsi oleh ibu Mikael iaitu Salzelin kepada Caprice, penyanyi berkenaan menghantar mesej ghairah termasuk emoji gambar seorang lelaki sedang mengigit bahagian punggung lelaki lain. 

Lebih meloyakan, penyanyi berkenaan turut bertanya mengenai masalah kemaluan yang dihidapi pelakon terbabit. 

Malah, penyanyi itu mendakwa seakan-akan sudah jatuh cinta kepada pelakon kanak-kanak itu.  

Antara perbualan yang turut didedahkan oleh Caprice.

"Bila awak (Mikael) WhatsApp hati abba (penyanyi) berbunga-bunga. Ramai orang cakap rapatnya abba dengan awal sampai mereka pelik. 

"Tak pernah tengok abba macam ini, macam orang angau bercinta. Tiap masa abba ingat awak saja. Macam bercinta betul dengan awak ni.

"Tak nak awak hilang, jangan hilang tau pergi dari abba tau," katanya yang turut menggelar pelakon itu sebagai 'baby boy'. 

Apa yang mengejutkan, penyanyi berkenaan tanpa segan silu menyatakan maksud setiap ciuman di dahi, pipi, kepala, mata dan hujung bibir yang membawa maksud berbeza. 

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice dedah penyanyi lelaki buat ‘sexual grooming’ terhadap pelakon kanak-kanak... Gesa polis ambil tindakan

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi irama Malaysia ‘sexual grooming’ pelakon kanak-kanak, ibu dakwa dedah perbualan dengan anak... Pernah cium di bibir

Dalam masa sama, menerusi perbualan yang dikongsi, isteri penyanyi berkenaan turut memohon Salzelin untuk menarik semula laporan polis yang dibuat terhadap suaminya. 

Jelas wanita tersebut, perkara itu akan memberikan impak memandangkan suaminya itu seorang penjawat awam. 

Sementara itu, Salzelin ketika dihubungi mStar berkata, anaknya tidak mengetahui perbuatan berkenaan adalah satu kesalahan terhadap kanak-kanak. 

Katanya, Mikael hanya menyedari perkara tersebut selepas dijelaskan secara terperinci termasuk kesan dan akibat yang perlu ditanggung. 

"Ketika saya maklumkan perbuatan itu salah, dia tidak percaya. Kemudian saya tunjukkan kisah-kisah yang pernah viral sebelum ini. Barulah dia sedar. 

"Selepas dapat tahu dia sangat benci penyanyi itu," jelasnya. 

Susulan apa yang berlaku, Salzelin tampil membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil pada 21 Julai lalu. 

Isteri (kanan) penyanyi berkenaan turut memohon agar Salzelin menarik semula laporan polis dibuat.

Dalam masa sama dia juga memaklumkan Mikael kini dalam keadaan baik selepas perkara tersebut mula tular. 

"Mikael okay sahaja. Penyanyi itu pun belum buat yang lebih teruk, setakat ini cium sahaja," jelasnya.

Sebelum ini, Caprice memohon pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap seorang penyanyi yang didakwa melakukan sexual grooming atau pengantunan seksual kepada pelakon kanak-kanak. 

Kata Caprice atau Ariz Ramli, 37, dia berharap tindakan sewajarnya dapat dibuat bagi melindungi kanak-kanak lain agar tidak berdepan masalah sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain