SELEPAS sah bercerai talak satu, penyanyi Hafiz Suip seakan-akan memberi gambaran sudah tiada ruang untuk dia dan bekas isteri kembali bersama.
Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, mendedahkan salah satu punca perceraian mereka adalah kerana tiada persefahaman.
Kongsi Hafiz, dia dan bekas isteri iaitu Nureffy Jasreel Abdullah sudah berusaha untuk cuba menyelamatkan rumah tangga mereka namun akur perceraian adalah jalan terbaik buat mereka berdua.
"Bercakap soal ruang (rujuk), perkara ini sudah pun selesai. Susah nak cakap sebab bila dah tak ada persefahaman ini kan?
Hafiz mengakui bukan mudah memegang status bapa tunggal.
"Persefahaman itu penting sebenarnya tapi apa yang saya boleh katakan adalah kami sudah tidak ada kesefahaman itu.
"Kami berdua dah cuba tetapi mungkin ini yang terbaik," katanya kepada mStar.
Hafiz berkongsi perkara itu ketika ditemui dalam acara sesi beramah mesra bersama media yang diadakan di Bienz, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada malam Isnin.
Ditanya berhubung status bapa tunggal yang dipegang kini, penyanyi lagu Bahagiaku Deritaku ini mengakui ia bukan satu perkara mudah untuk dihadapi.
ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip mengaku dalam proses bercerai, sedia lepaskan isteri cara baik
ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip tak dapat tahan air mata, sedih berjauhan dengan anak-anak… “Saya cuba untuk berdamai, tidak mahu cari salah”
Namun baginya, dia reda melalui segala ujian yang diterima.
"Bukan senang memegang status bapa tunggal.
"Dengar macam senang tetapi yang menghadapi ini, hanya Tuhan saja yang tahu," ujarnya.
Sebelum ini, Hafiz memaklumkan dia dan Nureffy sudah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor pada 29 Mei lalu.
Susah nak cakap sebab bila dah tak ada persefahaman ini kan?
HAFIZ SUIP
PENYANYI
Kata Hafiz, buat masa ini dia memberi hak penjagaan kepada bekas isteri kerana menganggap ibu merupakan tempat perlindungan bagi anak-anak.
Untuk rekod, Hafiz mendirikan rumah tangga dengan Nureffy pada 14 Mei 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhamamd Alkaf Zayne, 5 tahun.
Dalam perkembangan lain, Hafiz bakal mengadakan konsert solo berskala besar 'Di Sebali Aku: Hafiz Suip' yang dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 1 November depan.
Hafiz (kanan) terbuka menerima kunjungan bekas isteri dan anak-anak ke konsertnya.
Dianjurkan oleh SAH Entertainment, konsert ini bukan sekadar persembahan muzik biasa, sebaliknya menjanjikan pengalaman emosional yang menyentuh hati.
Malah, Hafiz turut berbesar hati sekiranya bekas isteri dan anak-anak dapat hadir menyaksikan persembahannya pada malam konsert itu nanti.
"Saya menerima dengan tangan terbuka bukan sahaja anak-anak tetapi kalau dia (bekas isteri) nak datang ke konsert, saya sangat alu-alukan.
"Bagi saya, tidak mahu wujud sebarang dendam. Kita ini manusia, kalau boleh kita nak berkawan dan berdamai tetapi jodoh kami sudah sampai di sini sahaja," katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube