PEMPENGARUH media sosial Elcah tampil mempertahankan sahabat baiknya iaitu Syada Amzah yang didakwa cuba untuk memecahbelahkan rumah tangganya bersama suami.
Menafikan dakwaan itu, Elcah atau Aien Hasha berkata, Syada tidak terkait dalam masalah rumah tangga mereka sebaliknya menjadi orang tengah dalam pergaduhan dengan individu digelar sebagai SA.
Kata Elcah, apa yang berlaku hanya salah faham dan dia turut memohon maaf atas segala kemelut yang timbul.
Elcah tidak mahu Syada terlibat dalam kemelut rumah tangganya.
"Dekat sini saya nak bersihkan nama kawan baik saya Syada, saya rasa mungkin ada salah faham di sini. Mungkin sebab Syada orang tengah dalam pergaduhan saya dengan si polan.
"SA (gelaran) adalah si polan bukan Syada. Saya rasa ramai pun tahu Syada cuba untuk bantu kami berdua tapi ada beberapa pihak salah faham.
"Saya disini mohon maaf atas nama kawan baik saya yang telah salah faham. Hal ini yang orang cuba jadikan Syada orang tengah tapi ada yang salah faham," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Syada Amzah didakwa perosak dan batu api rumah tangga pempengaruh, siap ajak masuk ‘club’
ARTIKEL BERKAITAN: Elcah terguris dituduh gila harta, tak minta Mercedes Benz tapi kejutan daripada suami
Elcah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada pagi Jumaat.
Dalam pada itu, Elcah menegaskan agar tidak lagi melibatkan Syada kerana sudah menganggap penyanyi berkenaan sebagai keluarga.
"Saya dan Syada baik-baik saja. Kami dah kawan hampir separuh umur sudah seperti adik-beradik.
"Terima kasih semua jangan babitkan Syada mahu pun keluarga dia," ujarnya.
Kenyataan Afi (kanan) sebelum ini mendakwa Shila mencampuri hal rumah tangga mereka.
Pada Khamis, suami Elcah iaitu Afi Hamri atau Hafizuddin Hamri mendakwa Syada menghasut serta memujuk isterinya agar membelakangkan dirinya dalam menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.
Lebih mengejutkan, Afi turut mendakwa adik kepada penyanyi Shila Amzah itu pernah mengajak Elcah untuk ke kelab malam bagi merehatkan fikiran.
Untuk rekod, Elcah berkahwin dengan Afi pada Januari 2024 dan ini merupakan perkahwinan ketiganya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube