suria

Radhi OAG bebas pertuduhan serang bekas isteri, peguam pertimbang ambil tindakan balas

PEGUAM penyanyi, Radhi OAG iaitu Haziq Aizuddin Subhi memaklumkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Jumaat membebaskan anak guamnya daripada pertuduhan menyerang bekas isteri, Nur Shahira Ayu Zahiril.

Haziq Aizuddin berkata keputusan itu dibuat oleh Majistret Farah Azura Mohd Saad selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Radhi atau Muhammad Radhi Razali, 48.

“Pagi tadi sekitar 11:30 pagi, majistret beritahu dapatan dan alasan yang mereka simpulkan.

“Disebabkan dapatan itu, mahkamah mendapati tiada prima facie, maka dilepas dan dibebaskan anak guam saya.

Radhi bersyukur dan gembira sebaik sahaja keputusan diumumkan pada Jumaat.

“Tiada prima facie sebab tiada bukti menunjukkan wujudnya serangan terhadap pengadu. Wang jaminan juga dikembalikan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Berkongsi lanjut, kata Haziq Aizuddin pihaknya akan mempertimbangkan untuk mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada bekas isteri Radhi bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka.

“Kes ini dah selesai, tapi kami mungkin akan pertimbangkan untuk keluarkan LOD kepada bekas isterinya.

“Sebelum ini dia ada buat kenyataan berlebihan (over statement) sehingga menjejaskan imej anak guam saya dan menyebabkan Radhi hilang tawaran kerja,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bekas isteri minta pampasan RM300,000 selesai kes pukul, Radhi OAG tolak sebab macam rasuah

ARTIKEL BERKAITAN: Penyelesaian luar mahkamah gagal, Radhi OAG tak setuju bayar bekas isteri RM300,000

Sementara itu, Haziq Aizuddin berkongsi Radhi melahirkan rasa syukur dan gembira sebaik sahaja keputusan diumumkan.

“Dia terus ke surau untuk sujud syukur dan menunaikan solat.

“Radhi bersemangat sebab sebelum ini dia memang susah nak dapat tawaran kerja disebabkan kes ini. Saya anggap dia macam Johnny Depp Malaysia,” katanya berseloroh.

Untuk rekod, Radhi didakwa dengan sengaja mencederakan bekas isterinya pada 19 April 2022 kira-kira pada jam 2.29 petang di Kota Damansara, Selangor.

Radhi bersama peguamnya Haziq Aizuddin Subhi (kanan).

Pada Julai 2023, Shahira mengesahkan dia tidak mahu menarik semula laporan polis berhubung kes berkenaan atas beberapa faktor yang perlu diselesaikan.

Justeru, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga

RM2000 atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, Radhi kemudian mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut.

Untuk info, Radhi dan Nur Shahira mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014. 

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua oranag anak iaitu Nur Aisyah, 9, dan Muhammad, 8, tahun.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain