suria

Naim Daniel tiba awal di mahkamah, pukul 7.30 pagi dah sampai

Naim hadir bagi sebutan pertama kes amang seksual.

PENYANYI dan pelakon, Naim Daniel hadir di Mahkamah Sesyen Putrajaya sekitar jam 7.30 pagi pada Isnin bagi sebutan kes pertama melibatkan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan.

Mengikut kertas pertuduhan, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Na’im Daniel Baharin, 28, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 17 tahun di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada pukul 8.56 malam, 19 Mei lalu.

Pada prosiding 17 Jun lalu, Naim mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin M Kunasundary atas pertuduhan berkenaan.

Naim berdepan pertuduhan melakukan amang seksual. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Shaharuddin, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Irwan Sumadi dan Amirul Ridzuan Hanif.

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan syarat tambahan pasport ditahan sementara serta tidak mengganggu mangsa dan saksi dengan apa cara sekalipun.

ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel hadir ke mahkamah, hadapi pertuduhan kes amang seksual 

ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel mengaku tak bersalah lakukan amang seksual remaja perempuan 17 tahun

Mahkamah kemudian membenarkan Naim diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan seperti dicadangkan pihak pendakwaan.

Terdahulu, pada 3 Jun lalu, media melaporkan seorang selebriti lelaki ditahan polis selepas didakwa mencabul seorang remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.

Mangsa berusia 17 tahun itu difahamkan mula berkenalan dengan selebriti terbabit di sebuah kafe tempatnya bekerja sebelum kejadian berlaku ketika pertemuan pertama mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain