PENYANYI dan pelakon, Naim Daniel enggan membiarkan kes mahkamah yang dihadapinya menjadi penghalang dalam meneruskan kerjaya seni.
Menurut Naim atau Muhammad Na’im Daniel Baharin, 28, fokusnya kini hanya tertumpu kepada muzik dan penulisan lagu selain memilih untuk memberi perhatian terhadap diri sendiri.
“Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Saya sedang sibuk buat muzik dan tengah menulis juga pada masa sama.
Naim mesra bertemu media yang menunggu di luar mahkamah.
“Selain daripada itu saya hanya fokus pada diri saya dahulu,” katanya kepada mStar.
Naim berkongsi perkara itu ketika ditemui sejurus selesai proses serahan dokumen di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada pagi Isnin.
Berkongsi lanjut penyanyi ini memberitahu kerjaya tetap menjadi keutamaan dan biarpun berdepan cabaran peribadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel selesai urusan serahan dokumen, kes amang seksual disebut semula 19 September
ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel tiba awal di mahkamah, pukul 7.30 pagi dah sampai
“Setakat ini syukur, tanpa ada isu kes ini pun saya tetap akan berkarya kerana itu kerja saya. Jadi saya buat seperti biasa.
“Harap semua bersabar dan nantikan perkembangan seterusnya daripada saya,” jelasnya.
Dia sebelum memaklumkan kehadirannya ke mahkamah hanyalah bagi melengkapkan urusan dokumen dan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Harap semua bersabar dan nantikan perkembangan seterusnya daripada saya
NAIM DANIEL
PELAKON/PENYANYI
Tarikh sebutan semula ditetapkan pada 19 September depan.
Mengikut pertuduhan, Naim didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada pukul 8.56 malam, 19 Mei lalu.
Naim hadir ke mahkamah pada Isnin bagi proses serahan dokumen.
Pada 17 Jun lalu, Naim mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin M Kunasundary atas pertuduhan tersebut.
Kes berkenaan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah sebelum ini membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport ditahan dan tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!