suria

Beego tak hadir mahkamah, Linda Hashim reda jika kes dibawa ke proses hakam

Beego (kanan) gagal hadir ke mahkamah kerana faktor kesihatan.

PELAKON Beego gagal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa bagi mendengar keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Peguam yang mewakli pelakon itu iaitu Muhammad Akmal Amzan memaklumkan anak guamnya berada dalam keadaan tidak sihat.  

“Beego hubungi saya pagi tadi memaklumkan tidak dapat hadir kerana tidak sihat. Suaranya juga kedengaran serak, kemungkinan akibat batuk dan selesema,” katanya kepada mStar.

Muhammad Akmal memberitahu Beego belum bersedia untuk melepaskan Linda. 

Menurut Akmal, Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, masih belum bersedia untuk berpisah namun tidak menolak jika perceraian dapat diselesaikan secara baik.

“Kalau boleh kita cuba selesai secara damai. Jika tidak, mungkin melalui persetujuan bersama. Namun, Beego sebenarnya masih belum bersedia untuk bercerai,” jelasnya.

Sementara itu, isterinya Linda Hashim atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, berharap proses perceraian mereka dapat diselesaikan segera.

ARTIKEL BERKAITAN: Linda Hashim bawa anak-anak keluar makan, dakwa suami culas nafkah… “Mana bapanya?”

ARTIKEL BERKAITAN: Beri hanya bila diminta, nafkah tak cukup tanggung anak… Linda Hashim dakwa Beego kirim duit sekadar untuk bukti mahkamah

“Jika perlu sampai ke peringkat hakam, saya akur dan akan teruskan sehingga selesai,” katanya.

Pada 23 April lalu, pasangan itu hadir ke mahkamah bagi prosiding lantikan JKP selepas Linda memfailkan cerai terhadap Beego pada awal Januari dengan alasan tiada lagi persefahaman.

Terdahulu, pada 27 Mac 2023 pasangan itu pernah bercerai talak satu sebelum kembali rujuk pada 9 April tahun sama.

Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain