suria

Linda Hashim sedia kemuka bukti Beego langgar lafaz taklik, mahkamah tetapkan 22 Oktober sebutan semula kes cerai

Linda memfailkan cerai terhadap Beego pada awal Januari lalu.

RUMAH tangga pasangan selebriti Beego dan Linda Hashim menemui jalan buntu apabila proses laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa tidak mencapai persetujuan.

Menurut peguam yang mewakili Linda, 41, iaitu Nurul Fadzilah Kamaluddin, hakim meminta anak guamnya membuka fail baharu berkaitan pengesahan taklik selepas terdapat laporan mengenai perkara itu. 

Ia berikutan laporan JKP yang ditulis oleh pegawai terdapat taklik yang dilanggar. 

"Hari ini pihak defendan (Beego) tidak dapat hadir dan kami kira proses ini agak lama kerana sudah melebihi empat bulan.

Linda (tengah) ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

“Jadi kami minta budi bicara pihak hakim untuk membaca laporan JKP tanpa kehadiran  Beego dan Alhamdulillah hakim meneruskannya namun proses hari ini gagal.

“Dalam laporan JKP itu telah ditulis oleh pegawai ada taklik yang telah dilanggar. Asalnya kita tak nak panjangkan cerita dan nak selesaikan cara baik di bawah Seksyen 47 tapi bila hakim mengesan ada isu yang baharu (taklik) , jadi hakim minta terus masukkan isu taklik ini.

“Taklik itu sebenarnya dah dilafazkan pada bulan Disember tahun lepas dan sebab itu kita nak buat pengesahan," katanya kepada mStar.

Susulan itu, hakim Mohd Fariq Azaimi bin Apandi menetapkan 22 Oktober depan sebagai tarikh sebutan baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Beego tak hadir mahkamah, Linda Hashim reda jika kes dibawa ke proses hakam

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau isteri sah kenapa tak balik rumah?” - Beego ada bukti bayar nafkah, sukar berkomunikasi dengan Linda Hashim

Dalam pada itu, Linda atau Norhazlinda Hashim, 41, mendakwa dia mempunyai bukti pelanggaran perjanjian mengaitkan lafaz taklik dibuat Beego.

"Dia yang buat lafaz taklik, dia yang langgar. Sebenarnya saya tak suruh dia buat pun lafaz taklik itu. Tapi dia cakap dengan orang saya yang suruh dia buat. 

"Bila dia buat lafaz taklik itu, tak sampai berapa hari dia dah langgar," kongsinya. 

Terdahulu Linda memfailkan cerai terhadap Beego pada awal Januari lalu dengan alasan tiada persefahaman.

Proses laporan JKP kes penceraian Linda dan Beego (kiri) tidak mencapai persetujuan.

Pada 27 Mac 2023, pasangan ini pernah bercerai talak satu sebelum kembali rujuk pada 9 April 2023.

Linda bagaimanapun mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Untuk rekod, Beego dan Linda Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain