PELAKON Linda Hashim tampil menjawab dakwaan netizen mengenai tindakannya yang seolah-olah beria mahu segera diceraikan dan memegang status ibu tunggal.
Linda atau Norhazlinda Hashim, 41, berkata dia tidak pernah terburu-buru sebaliknya tenang mengikut segala proses yang ditetapkan mahkamah.
“Macam saya pernah cakap, saya tak rushing (tergesa-gesa). Saya dah ulang banyak kali. Tindakan yang diambil hanyalah untuk mengesahkan kedudukan status rumah tangga memandangkan lafaz taklik telah dilanggar.
Linda menafikan bertindak terburu-buru mahu bercerai dengan suami.
“Benda yang tak baik, elok kita buang cepat-cepat. Tapi sekali lagi saya nak tegaskan, saya tak tergesa-gesa. Daripada awal saya ikut saja apa yang mahkamah tetapkan. Tarikh seterusnya pun saya ikut.
“Kalau betul saya nak cepat serta nak jadi ibu tunggal macam-macam cara saya boleh buat. Tapi saya ikut peguam, hakim dan proses. Bila dia tak datang pun, saya ikut saja,” ujarnya.
Linda berkongsi perkara itu selepas selesai mendengar keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa.
ARTIKEL BERKAITAN: “Ada sebab saya tak balik rumah selama sembilan bulan” - Linda Hashim dakwa dipukul sejak 2016, anak-anak alami trauma
ARTIKEL BERKAITAN: Linda Hashim sedia kemuka bukti Beego langgar lafaz taklik, mahkamah tetapkan 22 Oktober sebutan semula kes cerai
Tambah Linda, dia juga ingin menegaskan sikap Beego yang didakwa culas dalam menunaikan tanggungjawab menjadi punca dirinya ingin berpisah.
Malah sejak pendedahan dibuat sebelum ini, Beego dikatakan hanya memberi RM300 sebagai wang nafkah anak-anak.
“Dah berbulan-bulan, bukan sekarang saja, malah sebelum ini lagi. Nafkah saya tidak diberi. Itu tidak bagus untuk dia, untuk dirinya sendiri.
“Tak elok, hanya menambah dosa. Jadi untuk apa nak simpan saya lagi kalau nafkah pun tidak diberi? Itu sebabnya saya nak dilepaskan,” katanya lagi.
Kalau betul saya nak cepat serta nak jadi ibu tunggal macam-macam cara saya boleh buat.
LINDA HASHIM
PELAKON
Menurut Linda, dia hanya mahu urusan perceraiannya segera selesai selain dapat membina hubungan baik demi anak-anak.
Jelasnya, anak-anaknya juga jarang bertanya keadaan bapa mereka susulan sudah terbiasa dengan ketiadaan bapanya.
“Dia boleh jadi seorang bapa yang baik manakala saya jadi seorang ibu yang terbaik untuk anak-anak. Hidup kami terus berjalan macam biasa. Saya tiada masalah, tiada halangan pun kalau dia nak berjumpa dengan anak-anak,”katanya.
Terdahulu Linda memfailkan cerai terhadap Beego pada awal Januari lalu dengan alasan tiada persefahaman.
Pada 27 Mac 2023, pasangan ini pernah bercerai talak satu sebelum sepakat kembali rujuk pada 9 April 2023.
Linda mendakwa Beego culas dalam memberi nafkah terhadap dirinya.
Linda bagaimanapun mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.
Untuk rekod, Beego dan Linda Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!