suria

Zehra Zambri sah bercerai talak satu dengan suami

Zehra dan Iqwan akhirnya bercerai talak satu.

PENYANYI Zehra Zambri sah bercerai talak satu dengan suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin melalui talak raj’ie di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi pada pagi Rabu.

Keputusan itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Wan Nuruldin Wan Hussain.

Menurut Mohd Iqwan, dia berasa lega apabila urusan perceraian akhirnya dapat diselesaikan selepas beberapa kali tertangguh sebelum ini.

Zehra tidak dapat menahan sebak ketika bertemu media.

“Alhamdulillah hari ini selesai… bercerai cara talak raj’ie. Hari ini lafaz cerai sahaja.

“Saya takut juga kalau tiba-tiba dia datang haid sekali lagi. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Zehra turut meluahkan rasa syukur apabila segala urusan berakhir selepas lima bulan proses mahkamah berlangsung.

ARTIKEL BERKAITAN: Badan menggigil takut, tidak dinafkahi selayaknya... Zehra Zambri kongsi luahan ujian hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Zehra Zambri bakal lafazkan cerai 20 Ogos… “Saya boleh ceraikan hari ini, tapi dia datang haid”

“Setelah lima bulan, Alhamdulillah kes selesai. Saya rasa sedikit beban itu sudah hilang dan banyak perkara boleh direncanakan selepas ini untuk kehidupan saya dan anak.

“Saya perlukan masa untuk pulihkan diri dan berdamai dengan takdir. Insya-Allah saya akan memajukan diri, cari kembali semangat yang hilang dan memulakan kehidupan baru,” ujarnya.

Sebelum ini, pada 13 Ogos lalu, Mohd Iqwan bersedia melafazkan cerai terhadap Zehra namun terpaksa ditangguhkan kerana penyanyi itu berada dalam keadaan haid.

Berhubung dakwaan culas memberi nafkah, Mohd Iqwan menjelaskan bukti telah dikemukakan kepada mahkamah dan kedua-dua pihak diminta berbincang lanjut mengenai urusan tersebut selepas perceraian.

Zehra dan Iqwan mendirikan rumah tangga sejak 2021.

Sebelum ini, proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 14 Julai lalu gagal mencapai kata sepakat sehingga mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik hakam.

Zehra memfailkan permohonan cerai terhadap Mohd Iqwan pada 7 Mac lalu secara fast track.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela, yang kini berusia tiga tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain