BEKAS suami kepada Zehra Zambri iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin sudah menunaikan janji untuk menceraikan penyanyi itu hari ini.
Menurut Mohd Iqwan, meskipun perceraian bukan perkara mudah, namun dia reda dengan keputusan itu kerana ia juga adalah permintaan daripada Zehra.
“Tidak ada rasa berat hati sebab dah lima bulan kes kami berlangsung, kemudian permintaan itu daripada Zehra sendiri.
Zehra dan Iqwan sah bercerai talak satu.
“Kita cuba juga berbincang sebelum ini tapi tak jumpa kata sepakat bagi kedua-dua belah pihak.
“Jadi Alhamdulillah hari ini saya dah tunaikan janji untuk melafazkan cerai terhadapnya,” katanya kepada mStar.
Mohd Iqwan berkongsi perkara itu ketika ditemui sejurus selesai prosiding perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi pada pagi Rabu.
ARTIKEL BERKAITAN: Zehra Zambri sah bercerai talak satu dengan suami
ARTIKEL BERKAITAN: Badan menggigil takut, tidak dinafkahi selayaknya... Zehra Zambri kongsi luahan ujian hidup
Dalam pada itu, Mohd Iqwan menegaskan dia tidak lagi menyimpan sebarang perasaan terhadap Zehra.
Malah Mohd Iqwan juga menolak sebarang kemungkinan untuk rujuk kembali dengan bekas isterinya itu.
“Saya memang dah tiada hati pada dia. Tiada niat, ruang ataupun peluang untuk berbaik dengan Zehra.
Zehra menahan sebak selepas keluar dari bilik mahkamah.
“Cuma perceraian adalah jalan yang terbaik untuk kami, insya-Allah,” ujarnya.
Pada pagi Isnin, Mohd Iqwan sah bercerai talak satu dengan Zehra melalui talak rajie di hadapan Hakim Syarie, Wan Nuruldin Wan Hussain.
Sebelum ini, Zehra memfailkan permohonan cerai pada 7 Mac lalu secara fast track selepas mendakwa berlaku masalah dalam rumah tangga mereka.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia tiga tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!