suria

Zul Ariffin perasan komen nakal netizen, mahu kekal imej sado... “Setakat ini tidak ada yang mengarut pun”

Zul kerap berkongsi fotonya selepas kuruskan badan.

PENAMPILAN Zul Ariffin tanpa berbaju di Instagram mencuri perhatian ramai khususnya golongan wanita yang rata-rata ‘tergoda’ melihat susuk tubuhnya. 

Mengulas perkara itu, Zul, 39, berkata dia menyedari perkara tersebut namun menganggap komen-komen ditinggalkan sekadar gurauan nakal netizen.

“Saya perasan, tapi setakat ini tak ada yang mengarut pun. Sebelum ini saya leka tak jaga diri sangat. 

Zul tayang badan selepas 'fit'.

“Alhamdulillah selepas terbabit dalam sebuah filem, saya kembali aktif jaga kesihatan. Sekarang saya rasa lebih sihat dan cergas berbanding sebelum ini. Saya dah tak nak tembam lagi.

“Mungkin pengikut di media sosial pun perasan perubahan ini, tapi okay lah… sekurang-kurangnya ramai yang beri sokongan.  

“Komen kelakar itu biasalah, mereka sekadar menyakat je,” katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya nak jaga mata tapi tak boleh, jadi block akaun suami”…. Ramai kaum isteri ‘tak tahan’ tengok foto sado Zul Ariffin

ARTIKEL BERKAITAN: Segar mata netizen lihat badan sasa Zul Ariffin, ramai wanita ‘cuba nasib’

Menurut Zul, bentuk tubuh sasa yang dipamerkan itu adalah hasil latihan intensif tinju bagi menjalani penggambaran filem terbarunya. 

“Saya baru dapat bercuti selepas berbulan-bulan jalani latihan boxing dan penggambaran filem. Itu yang baru sempat muat naik gambar. 

“Malah ramai juga minta saya lebih aktif berkongsi foto di Instagram. Bermula sekarang saya akan kekal dengan bentuk begini. Tak mahu tembam dah,” katanya.

Zul tetap tenang dengan komen netizen.

Terdahulu gara-gara memuat naik foto tanpa berbaju di Instagram, Zul membuat ramai wanita termasuk golongan isteri tidak keruan melihat bentuk tubuhnya.

Malah, seorang wanita secara terbuka mendakwa berasa ‘tergugat’ melihat perkongsian itu hingga mengambil keputusan untuk tidak lagi mengikuti akaun Instagram aktor berusia 39 tahun itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain