PELAKON Linda Hashim memilih untuk tidak mengulas panjang selepas tular kisah seorang selebriti lelaki asyik menari di kelab malam yang mengaitkan nama suaminya iaitu Beego.
Ketika pasangan itu berdepan kemelut rumah tangga, Linda atau Norhazlinda Hashim, 41, berkata, jika benar artis yang dikatakan itu adalah suaminya ia bukan urusan peribadinya.
"Kenapa tanya saya? Kenalah tanya kepada dia.
Linda tidak membaca kisah atau komen yang mengaitkan nama Beego.
"Tentang berita hari ini pun saya tidak mahu masuk campur. Dia ada kehidupan sendiri dan saya pun dah move on. Jika benar, itu adalah kehidupan dia," katanya kepada mStar.
Linda juga memberitahu selepas kisah itu menjadi bualan ramai ada pihak cuba menghubunginya bertanyakan perkara sama.
Dia bagaimanapun tidak membaca secara terperinci tentang apa yang diperkatakan.
ARTIKEL BERKAITAN: Beego tak hadir mahkamah, Linda Hashim reda jika kes dibawa ke proses hakam
ARTIKEL BERKAITAN: Linda Hashim sedia kemuka bukti Beego langgar lafaz taklik, mahkamah tetapkan 22 Oktober sebutan semula kes cerai
Dalam masa sama, pelakon ini hanya mampu mendoakan yang terbaik sekiranya benar dakwaan berita berkenaan adalah tentang Beego.
"Saya perasan juga cerita ini dan ada yang hantar pautan artikel, tapi tak sempat nak baca sebab hari ini (Jumaat) terlalu sibuk.
"Kalau betul itu dia, kita doakan yang terbaik. Dia pun ada anak-anak. Kes mahkamah pun belum selesai... jadi selesaikan ini dahulu," ujarnya.
Jika benar, itu adalah kehidupan dia
LINDA HASHIM
PELAKON
Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan kisah seorang artis lelaki yang pergi ke kelab malam bersama rakan-rakan termasuk wanita.
Laporan itu turut menyebut selebriti yang dikaitkan itu kini sedang berdepan masalah rumah tangga.
Menerusi ruangan komen, ada yang memetik nama Beego memandangkan kes perceraiannya dengan Linda kini masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.
Kes perceraian Beego dan Linda kini masih dalam proses perbicaraan mahkamah.
Linda memfailkan cerai terhadap Beego pada awal Januari lalu dengan alasan tiada persefahaman.
Untuk rekod, Beego dan Linda Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!