DUA pelakon popular yang dikatakan sedang menjalin hubungan cinta didakwa tergamak melakukan aksi tidak senonoh ketika mengambil gambar di photobooth di pusat beli-belah, Wangsa Walk, Kuala Lumpur.
Menerusi foto yang dikirimkan kepada mStar, gambar intim beserta aksi ‘comolot’ selebriti itu dikatakan dijumpai secara tidak sengaja oleh orang awam apabila foto mereka ditampal bersama gambar pelanggan lain.
"Waktu itu saya jalan-jalan dan sajalah nak tengok gambar-gambar yang ada di photobooth itu. Saya tengok semua gambar yang ada.
Dua pelakon popular yang dikatakan sedang menjalin hubungan cinta.
"Lepas tu saya nampak gambar itu tertampal dekat dinding yang memaparkan gambar orang lain juga," kata sumber.
Foto yang diambil pelbagai aksi itu memperlihatkan kedua-dua pelakon tersebut berpelukan mesra termasuk bercium di bahagian pipi dan mulut.
Terkejut melihat aksi mesra pasangan selebriti itu, sumber turut memberitahu dia kecewa dengan artis berkenaan yang sepatutnya menunjukkan teladan baik kepada orang awam.
ARTIKEL BERKAITAN: Yazmin Aziz dan teman lelaki selamba bercium di khalayak ramai... “Dia Islam kan?”
ARTIKEL BERKAITAN: Tanpa segan silu tayang aksi bercium, 2 peserta Indonesian Idol dianggap tak sedar diri
"Saya terkejut kenapa sampai macam itu? Dia kan artis patut tunjuklah contoh yang baik," katanya.
Pasangan selebriti itu dikatakan bukan calang-calang kerana kedua-duanya aktif dalam dunia lakonan dan mula mencuri perhatian menerusi drama lakonan mereka di televisyen.
Difahamkan, pelakon lelaki tersebut merupakan bekas peserta pencarian bakat dan personaliti manakala aktres berkenaan berasal dari Sabah.
Kisah cinta pasangan itu tidak pernah dihidu peminat atau media, namun foto yang diterima seolah-olah menunjukkan pasangan itu memiliki hubungan istimewa dan serius.
Hasil tinjauan mStar, kedua-dua pasangan itu saling mengikuti di Instagram namun tidak pernah berkongsi foto bersama.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!