suria

[V] Faisal Halim dedah pernah lafaz cerai luar mahkamah, sebutan kes tangguh Oktober depan… “Sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan lalu”

MAHKAMAH Rendah Syariah Klang, Selangor menetapkan Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes perceraian pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim dan Nur Syazwani Mizuana Shahril.

Peguam mewakili Syazwani iaitu Roshdan Sujak Rafie berkata, tarikh baharu itu diputuskan mahkamah berikutan keterangan daripada pihak defendan (Faisal) yang mendedahkan pernah berlaku perceraian di luar mahkamah sebelum ini.

"Sebenarnya hari ini adalah tarikh sebutan kes cerai yang dipohon plaintif pada hujung Ogos lalu, tetapi pihak defendan membangkitkan pernah berlaku perceraian di luar mahkamah sebelum ini.

Faisal (kanan) dan Syazwani berkahwin pada Mac 2019.

"Jadi mahkamah arahkan defendan untuk selesaikan isu perceraian luar mahkamah terlebih dahulu dan menetapkan Oktober depan tarikh sebutan kes.

"Ini bermakna kes hari ini belum di dengar mahkamah kerana defendan perlu memfailkan permohonan perceraian luar mahkamah untuk disahkan,"katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Roshdan, anak guamnya nekad memfailkan permohonan cerai kerana sudah tiada persefahaman antara mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Faisal Halim fail cerai selepas enam tahun berkahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Faisal Halim akur dipulangkan ke pangkuan ibu, dedah punca fail cerai... “Ini bukan kali pertama saya pernah diceraikan”

"Saya dimaklumkan sudah tiada persefahaman dan mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan lalu.

"Tidak dinafikan mental anak guam saya agak terganggu ketika ini, tapi dia terpaksa hadap dan perlu kuat,"katanya.

Terdahulu mStar mendedahkan Syazwani memfailkan cerai terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada Selasa. 

Syazwani nekad memfailkan cerai kerana tiada lagi persefahaman dengan suami.

Kes tersebut dibicarakan di hadapan Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Rahim.

Untuk rekod, Faisal yang juga dikenali sebagai Mickey berkahwin dengan Syazwani pada 9 Mac 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalish Aryan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain