suria

Ini respons Faisal Halim ketika ditanya soal perceraian

Faisal enggan mengulas lanjut berhubung isu pemfailan cerai yang dibuat oleh isterinya.

PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim seolah-olah mengelak untuk memberi sebarang respons berhubung permohonan cerai yang difailkan isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril.

Faisal ketika dihubungi memberi alasan perkhidmatan talian telefon di rumahnya kurang baik.

"Rumah saya 'takde' line," katanya ringkas.

Faisal  memberi alasan perkhidmatan talian telefon di rumahnya kurang baik.

mStar cuba menghubunginya semula beberapa kali termasuk menghantar kiriman WhatsApp, namun sehingga kini Faisal atau lebih dikenali Mickey tidak menjawab.  

Sementara itu, tinjauan di akaun Instagram miliknya juga tiada sebarang perkongsian terkini meskipun sudah dibanjiri dengan pelbagai komen daripada penyokong.

Malah perkongsian Faisal di Instagram sejak beberapa hari lalu dipenuhi dengan foto bersama anaknya, Khalish Aryan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Faisal Halim fail cerai selepas enam tahun berkahwin

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Faisal Halim dedah pernah lafaz cerai luar mahkamah, sebutan kes tangguh Oktober depan… “Sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan lalu”

Terdahulu mStar melaporkan Syazwani memfailkan permohonan cerai terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.  

Perkara itu turut disahkan oleh peguam mewakili Syazwani iaitu Roshdan Sujak Rafie yang memaklumkan mahkamah menetapkan Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes perceraian pasangan itu.

Roshdan berkata, tarikh baharu itu diputuskan mahkamah berikutan keterangan daripada pihak defendan (Faisal) yang mendedahkan pernah berlaku perceraian di luar mahkamah sebelum ini.

Sebutan kes Faisal dan isteri tertera di papan info mahkamah.

Kes tersebut dibicarakan di hadapan Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Rahim.

Untuk rekod, Faisal yang juga dikenali sebagai Mickey berkahwin dengan Syazwani pada 9 Mac 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalish Aryan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain