suria

[V] Isteri Faisal Halim akur dipulangkan ke pangkuan ibu, dedah punca fail cerai... “Ini bukan kali pertama saya pernah diceraikan”

ISTERI kepada pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril mendedahkan tindakan memohon cerai yang dibuat terhadap suami bukanlah satu keputusan mudah. 

Syazwani seakan-akan memberi gambaran keputusan yang dilakukan terpaksa dibuat atas tindakan suami yang memulangkannya semula ke pangkuan keluarga. 

Kongsi Syazwani, dia hanya akur dengan permintaan suaminya itu selepas telah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

"Tindakan saya hari ini bukan satu keputusan yang senang dibuat. Saya telah berusaha namun mungkin ini jalan terbaik. 

Syazwani sudah berusaha mempertahankan rumah tangganya.

"Ibu saya disuruh untuk mengambil saya dan telah dipulangkan kepada ibu saya. 

"Walaupun berat hati, saya ikutkan kehendak dia," katanya. 

Syazwani berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Selasa. 

Dalam pada itu, Syazwani turut memberitahu selama ini dia sudah banyak berkorban untuk keluarga termasuk sentiasa memberikan sokongan terhadap suami di saat susah dan senang. 

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Faisal Halim fail cerai selepas enam tahun berkahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Satu lagi ujian buat Faisal Halim, patah tulang hidung terkena siku kapten pasukan lawan

Tambah Syazwani lagi, ini bukan kali dia pertama diceraikan dan usaha untuk mempertahankan hubungan mereka nampaknya tidak berhasil kerana campur tangan pihak ketiga.

"Tindakan saya hari ini (Selasa) berdasarkan apa yang saya lalui dan kehidupan saya sendiri. 

"Saya telah berkorban seluruh jiwa untuk keluarga daripada susah sehingga berjaya. Daripada tidak dikenali kepada seorang yang dipuja, daripada sakit sehingga sihat dan kembali ke tahap terbaik.

"Bukan mudah untuk saya, malah ini bukan kali pertama saya pernah diceraikan sebelum ini. Saya cuba pertahankan tapi terlalu banyak campur tangan dan onak dalam kehidupan saya," ujarnya. 

Pada Selasa, Syazwani dilaporkan memfailkan cerai terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor. 

Maklumat kes cerai yang diperolehi mStar di Mahkamah Rendah Syariah Klang.

Hasil tinjauan mStar, didapati pasangan itu mempunyai sebutan kes pada Selasa berdasarkan jadual kes harian yang tertera di papan info. 

Kes tersebut dibicarakan di hadapan Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Rahim. 

Untuk rekod, Faisal yang juga dikenali sebagai Mickey berkahwin dengan Syazwani pada 9 Mac 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalish Aryan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain