TEKA-TEKI mengenai status perkahwinan pelakon Rebecca Nur Al Islam, akhirnya terjawab apabila aktres itu mendedahkan dirinya sudah menamatkan tempoh idah.
Rebecca, 39 tahun, turut memohon agar semua pihak terus mendoakan kesejahteraan dan kekuatan buat dirinya.
"Apa yang boleh saya cakap, ya saya dah habis idah.
Perkongsian Rebecca di Instastory miliknya.
"Teruskan doa untuk saya, semoga Allah SWT sentiasa membalas segala kebaikan doa yang anda kirimkan," katanya.
Rebecca berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Rabu.
Menerima banyak pertanyaan berkaitan dirinya, pelakon memohon agar diberi ruang dan masa selepas sah bercerai dengan suaminya, Datuk Nur Azman Sulaiman.
"Saya minta maaf kepada lebih daripada 1,000 WhatsApp dan ramai yang DM saya yang tak dapat saya balas.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kita sudah cuba yang terbaik” - Rebecca Nur Al Islam beri bayangan kisah rumah tangga
ARTIKEL BERKAITAN: Rebecca Nur Al Islam berang dituduh tumpang populariti kakak ipar, panggil menantu Bonda Rozita ‘bodoh’
"Terima kasih mengambil berat tentang saya, insya-Allah saya okay, teruskan doa untuk saya.
"Saya tak dapat jawab soalan anda yang terlalu banyak bertanyakan, maaf saya perlu ruang," jelasnya.
Dia sebelum itu juga memuat naik hantaran memaklumkan akan berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah.
“Doakan saya, saya dalam perjalanan nak ke ‘rumah’ Nabi Muhammad SAW dan doakan saya selamat serta segala urusan saya dipermudahkan Allah SWT," ujarnya.
Perkahwinan Rebecca dan Nur Azman berakhir dengan penceraian.
Sebelum ini, perkongsian Rebecca di media sosial menarik perhatian netizen apabila aktres berkenaan seakan memberi gambaran hubungannya dengan Nur Azman sudah berakhir.
Kata Rebecca, dia dan bekas suami sudah cuba berusaha yang terbaik namun akur dengan takdir yang ditentukan Allah SWT.
Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga dengan Nur Azman pada 14 Januari 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan enam orang cahaya mata.
Rebecca turut mempunyai seorang anak angkat iaitu Nor Adam Daniel yang kini berusia 16 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube