suria

“Kenapa saman aku?” - Elcah dakwa ada video pengakuan

Elcah tampil pertahankan diri.

PEMPENGARUH Elcah tampil mempertahankan diri selepas mendapat perintah mahkamah berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dikeluarkan kepada pelakon Fattah Amin.

Elcah atau Nuraien Adilla Hasha Akhbar, 29, menegaskan dia bukan orang sepatutnya menerima tuntutan saman daripada aktor tersebut.

Dakwanya apa yang dikongsikan sebelum ini adalah daripada penceritaan seorang kenalan lain.

Elcah dakwa ada bukti pengakuan.

"Aku tak buat fitnah tapi si betina ini mengaku sendiri yang dia memang ada sesuatu dengan LLK pastu aku pula kau saman?

"Kenapa tak saman bentina yang buat cerita bagitahu semua orang dia ada sesuatu dengan LLK? Dan aku cakap kes kau cerai dengan F pun seluruh Malaysia memang dah tahu.

Elcah berkongsi perkara tersebut di Instastory miliknya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan berbaur fitnah terhadap Fattah Amin, mahkamah perintah pasangan pempengaruh buang hantaran media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Ada yang tak puas hati kenapa hanya Hong Kong”… Fattah Amin kongsi momen ‘clingy’ Fatima, rancang bawa ke Paris!

Meskipun tidak menyebut sebarang nama namun dipercayai perkongsian tersebut berkaitan isu saman yang dikemukakan oleh Fattah.

 Elcah, dia juga mempunyai bukti rakaman percakapan bersama individu yang didakwa memberitahu kisah sebenar.

"Aku ada video pengakuan si kawan betina ini berceritah ada begitu begini dengan LLK.

Elcah dan suami suaminya Mohd Hafizzuddin Hamri, diminta turunkan hantaran fitnah.

LLK dipercayai merujuk kepada Fattah Amin.

Pada pagi Khamis, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Elcah dan suaminya menurunkan hantaran berkenaan dakwaan fitnah terhadap Fattah.

Pada 26 Ogos lalu, Fattah, 35, atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin memfailkan tuntutan saman mendakwa pasangan suami isteri itu kerana menerbitkan kenyataan fitnah di akaun Threads mereka pada 29 Julai dan 22 Ogos 2025.

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain