SEORANG wanita tampil mendakwa dia menjadi mangsa penipuan dilakukan oleh penyanyi yang juga juara program Kilauan Emas 2025 iaitu Mazleen.
Menurut wanita yang mahu dikenali sebagai Kak Aya, 62, penyanyi itu masih gagal menjelaskan bayaran tertunggak sebanyak RM22,000.
Wang tersebut merupakan bayaran penglibatannya sebagai vendor menyediakan makanan untuk dijual oleh Mazleen.
Kak Aya ketika ditemui mStar.
Tambahnya dia juga kini berani bersuara kerana sudah lebih setahun Mazleen mendiamkan diri tanpa sebarang khabar.
"Sebelum ini apabila bertanya dia kata ada masalah dengan bahagian kewangan. Sebenarnya duit hasil semua perniagaan dia yang uruskan sendiri.
"Awal berurusan dengan dia memang tiada masalah. Apabila masuk tahun ketiga dia mula tipu saya dan tidak bayar bil semasa. Jumlah semua adalah RM22,000," katanya kepada mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh scammer, juara Kilauan Emas 2025 nafi lari daripada masalah
ARTIKEL BERKAITAN: Mazleen masih ‘blur’ nak guna wang kemenangan, belum terfikir tinggalkan pancaragam
Difahamkan Kak Aya mula menjalankan kerjasama bersama Mazleen sekitar tahun 2022 di mana dia menyediakan produk makanan sebagai bahan jualan perniagaan yang diusahakan oleh penyanyi itu.
Dakwa wanita itu, dia menyimpan semua bahan bukti transaksi perniagaan serta perbualan antara mereka sepanjang berurusan.
Bagi Kak Aya apa yang membuatkan dia berang adalah sikap Mazleen yang berdiam diri tanpa sebarang jalan penyelesaian.
Saya juga terbuka nak berjumpa dengannya namun minta dia jangan berbohong
KAK AYA
USAHAWAN
"Semua orang ada masalah dan saya harap Mazleen tidak lari daripada masalah ini.
"Saya tidak akan bising kalau dia datang berjumpa dan ceritakan semua masalah. Namun tiada sepatah kata pun daripada dia.
"Saya juga terbuka nak berjumpa dengannya namun minta dia jangan berbohong," luahnya.
Mazleen sebelum ini menafikan dia melakukan penipuan.
Menurut Kak Aya, dia telah melantik peguam bagi menguruskan hal berkaitan tuntutan hutang terhadap Mazleen.
Sementara itu Mazleen ketika ditemui selepas bergelar juara Kilauan Emas 2025 menafikan segala dakwaan melakukan penipuan terhadap orang lain.
Malah katanya dia tidak pernah lari daripada masalah dan hanya mengambil tempoh rehat dalam perniagaan kerana mahu memberi fokus kepada program berkenaan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube