BERITA perceraian penyanyi Nubhan dan isterinya Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mengejutkan ramai peminat yang tidak menyangka rumah tangga pasangan romantis itu bakal berakhir dengan perpisahan.
Menurut sumber mStar punca perceraian pasangan itu agak rumit dan melibatkan pelbagai faktor peribadi yang tidak dapat didedahkan buat masa ini.
Malah sumber tersebut turut menegaskan perceraian mereka juga tidak mempunyai sebarang kaitan dengan orang ketiga.

Nubhan belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan berhubung penceraiannya dengan isteri.
"Saya mohon peminat beri ruang untuk Nubhan. Apa yang boleh saya kongsi punca perceraian bukan disebabkan orang ketiga.
"Tiada istilah Nubhan atau isterinya mempunyai skandal," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Nubhan juga dikatakan memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi buat masa ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan ceraikan isteri, dakwa lafaz talak Ogos lalu
ARTIKEL BERKAITAN: Puas Nubhan pujuk ibu buat pembedahan, Mak Jenny takut selepas dengar cerita kawan-kawan
"Dia akan maklumkan pada masa yang sesuai nanti," ujarnya.
Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa Nubhan sudah menceraikan isterinya dan bakal ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang esok bagi mengikuti prosiding pengesahan lafaz cerai.
Difahamkan Nubhan kini sudah tidak lagi sebumbung dengan Afifah selepas melafazkan talak ketika dia dan isterinya berada di dalam kereta sekitar akhir Ogos tahun ini.
Untuk rekod, Nubhan dan Afifah mendirikan rumah tangga pada 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 7, Ahmad Aaffan, 5, dan Afzan Nayille yang kini berusia tiga tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        

