suria

Orang ramai boleh serbu rumah Vida, acara lelong harta diadakan 30 Oktober ini

Barangan milik Vida (kanan) bakal dilelong pada 30 Oktober ini.

PROSES lelongan barangan milik usahawan sensasi, Datuk Seri Vida dilaporkan bakal diadakan di kediamannya di Meru Heights, Ipoh, Perak pada 30 Oktober ini selepas hampir setahun tertangguh.

Menerusi notis perisytiharan jualan lelong yang disiarkan dalam ruangan iklan akhbar The Star pada Rabu, jualan lelong itu dilakukan oleh pemiutang, AH Design Communication Sdn Bhd terhadap Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 54.

Notis tersebut mendakwa lelongan itu dibuat melalui writ penyitaan dan penjualan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak bertarikh 29 Oktober tahun lalu. 

Acara lelongan bakal berlangsung di kediaman Vida pada 31 Oktober ini.

"Adalah dengan ini diberitahu bahawa barang-barang penghutang penghakiman yang telah ditahan oleh bailif Mahkamah Tinggi Ipoh  pada 25 November 2024 akan dijual oleh pelelong berlesen yang tersebut di bawah pengawasan bailif," tulis notis tersebut. 

Difahamkan proses lelongan itu dijadualkan berlangsung pada 30 Oktober ini, pukul 10.30 pagi di kediaman usahawan tersebut.

Pada 25 November tahun lalu, dianggarkan 727 barangan milik Vida disita dalam proses yang berlangsung selama lima jam di banglo tiga tingkat miliknya di Meru Heights, Ipoh.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Barang rumah Datuk Vida termasuk 4 kereta mewah bakal dilelong, tak bayar hutang lebih RM1 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Inilah senarai penuh 727 barangan milik Vida disita untuk tujuan lelong

Ia selepas usahawan itu tidak menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada syarikat Ah Design Communication sebanyak RM1,060,285 sejak 2018.

Selain empat buah kereta milik Vida, antara barang yang disita termasuk pembakar roti jenama Sharp, penapis air Coway, meja solek, karpet, kerusi game, meja kopi, bantal dan peti ais. 

Acara lelong yang sepatutnya diadakan pada 9 Disember, bagaimanapun ditangguhkan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Vida menangguhkan proses itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain