suria

Tidak wujud orang ketiga punca cerai, Nubhan mengaku banyak hati perlu dijaga

Nubhan (kanan) menafikan berlaku dakwaan wujud orang ketika dalam rumah tangga.

PENYANYI dan usahawan Nubhan menyangkal dakwaan kononnya wujud orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama isteri, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.

Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad ,39, berkata, tuduhan sebegitu tidak benar sama sekali dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung punca sebenar perpisahan mereka.

“Itu tidak benar sama sekali. Saya faham banyak spekulasi dan berita perceraian saya ini mengejutkan ramai pihak.

“Orang boleh fikir macam-macam, cuma saya mohon semua hormati proses mahkamah yang sedang berjalan. Saya juga mengharapkan yang terbaik buat diri saya dan pihak sana,” katanya kepada mStar.

Nubhan (kiri) enggan mengulas lanjut mengenai punca perpisahan mereka.

Nubhan berkongsi perkara itu ketika ditemui sejurus selesai prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor pada Khamis.

Tambah Nubhan, dia memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai punca perpisahan memandangkan kes berkenaan masih dalam proses perbicaraan.

“Tiada siapa pun yang mahukan perkara seperti ini berlaku. Jadi saya tak boleh komen lebih kerana isu ini masih dibicarakan di mahkamah.

“Saya reda dengan apa yang sudah berlaku. Banyak hati yang perlu dijaga, jadi biarlah mahkamah yang menentukan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya sudah dua kali Nubhan lafaz cerai, pernah rujuk selepas talak pertama pada 2017

ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan ceraikan isteri, dakwa lafaz talak Ogos lalu

Pada prosiding yang berlangsung itu, Hakim Syarie Tuan Muhamad Nazri Basrawi menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh perbicaraan bagi kes berkenaan.

Dalam prosiding tersebut, Nubhan selaku plaintif diwakili peguam syarie Mohd Redzuan Ramli, manakala pihak defendan (Dr Afifah) diwakili oleh peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Sebelum ini, Akberdin memaklumkan Nubhan pernah melafazkan cerai terhadap isterinya pada tahun 2017, namun pasangan itu kembali rujuk dalam tempoh idah.

Tambahnya, Nubhan memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang berlaku di luar mahkamah pada 26 Ogos lalu.

Dr Afifah (kanan) ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Khamis.

Katanya lagi, perceraian kali ini berlaku secara baik tanpa sebarang konflik besar, sebaliknya berpunca daripada perselisihan faham dalam rumah tangga.

Difahamkan, sejak kejadian itu pasangan berkenaan tidak lagi tinggal sebumbung.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkongsian hidup selama hampir 10 tahun, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain