PELAKON Kamal Adli hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Selasa bagi menghadiri prosiding kes perceraian dengan isterinya, pelakon Uqasha Senrose.
Kamal tiba di perkarangan mahkamah sekitar 9.45 pagi ditemani peguamnya, Abdul Hadi Mohammad Salleh serta beberapa rakan rapat.
Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, ketika ditemui media berkata, kehadirannya ke mahkamah adalah atas niat baik untuk menyelamatkan rumah tangga yang sedang bergolak.

Kamal hadir bersama penguamnya sekitar pukul 9.45 pagi.
“Saya datang dengan niat baik. Sudah tentu saya nak selamatkan rumah tangga sebab itu tanggungjawab saya.
“Hari itu saya tak dapat hadir sebab ada urusan kerja, tapi hari ini saya datang untuk jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Insya-Allah, doakan yang baik-baik,” katanya kepada mStar.
Menurut Kamal, dia mengaku berdepan kesukaran untuk berkomunikasi dengan isterinya itu kerana nombor telefonnya disekat.
Malah, jelas Kamal, dia tidak berasa gembira apabila terpaksa menjejakkan kaki ke mahkamah bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose mohon maaf… “Saya tidak patut bercakap tentang perkahwinan secara umum”
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hilang sabar, tiada persefahaman punca Uqasha Senrose fail cerai terhadap Kamal Adli… “Jangan tidak hadir begini, saya pun ada kerja”
“Sekarang saya hanya berhubung melalui peguam sahaja. Ada ‘roadblock’ atau sekatan yang dibuat terhadap saya sejak 27 September lalu.
“Terus terang, saya gementar sebab tak pernah sampai ke tempat macam ini (mahkamah rendah syariah). Benda ini tak seronok dan saya tak gembira pun sampai ke sini,” ujarnya.
Difahamkan, prosiding pada Selasa merupakan sebutan kedua kes perceraian pasangan berkenaan selepas ditangguhkan pada 22 Oktober lalu.

Kamal ketika ditemui pengamal media di persiaran mahkamah.
Sebelum ini, kisah rumah tangga Uqasha dan Kamal menjadi perhatian ramai apabila aktres berusia 33 tahun itu memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya pada 1 Oktober lalu.
Pada prosiding terdahulu, Uqasha memberitahu kepada media dia sudah hilang sabar dan tiada persefahaman menjadi punca mengambil keputusan untuk berpisah.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


