suria

[V] Kamal Adli gagal hadir, prosiding cerai Uqasha Senrose ditangguh minggu depan… “Jika tiada jodoh ini pengakhiran mereka”

KES prosiding perceraian pasangan selebriti, Uqasha Senrose dan Kamal Adli yang sepatutnya berlangsung pada pagi Rabu ditangguhkan ke 28 Oktober ini.

Peguam mewakili Uqasha iaitu Nurfarhana Abd Manaf berkata prosiding itu terpaksa ditangguhkan berikutan Kamal tidak dapat hadir atas alasan kerja.

"Alhamdulillah Uqasha sendiri hadir seawal jam 9 pagi hari ini, namun pihak defendan tidak hadir tetapi diwakili penguam syarie Abdul Hadi Mohamad Saleh.

"Jadi disebabkan ketidakhadiran defendan hari ini, kes tidak dapat diteruskan dan terpaksa ditangguhkan kepada tarikh yang akan datang iaitu minggu depan 28 Oktober ini," katanya.

Nurfarhana merupakan peguam yang mewakili Uqasha.

Menurut Nurfarhana, prosiding seterusnya bertujuan untuk mengesahkan sama ada pihak defendan bersetuju atau tidak dengan tuntutan dibuat anak guamnya.

"Tujuan perceraian adalah alasan biasa iaitu tiada persefahaman. Plaintif memfailkan perceraian di bawah Seksyen 47, jadi memang alasan tiada persefahaman.

"Keputusan bercerai terpaksa diambil walaupun bukan mudah. Kalau ikutkan memang pelbagai usaha telah dibuat anak guam sebelum nekad fail cerai.

“Tapi kita serahkan kepada jodoh. Kalau ada, adalah, jika tidak inilah pengakhiran Uqasha," katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:Hilang sabar, tiada persefahaman punca Uqasha Senrose fail cerai terhadap Kamal Adli… “Jangan tidak hadir begini, saya pun ada kerja”

ARTIKEL BERKAITAN:Tak nampak kelibat Kamal Adli, Uqasha Senrose tiba di mahkamah jam 9 pagi

Dalam pada itu, Nurfarhana enggan menjawab beberapa dakwaan anak guamnya termasuk sudah tidak tinggal sebumbung dengan suaminya.

"Berkenaan dakwaan berapa lama tidak tinggal sebumbung, saya tidak boleh dedahkan.

"Soal kebajikan anak juga kita tak boleh sentuh. Saya harap kita fokus kepada perceraian," katanya lagi.

Sebelum ini Uqasha dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 1 Oktober lalu.

Uqasha hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada pagi Rabu.

Terdahulu rumah tangga Kamal dan Uqasha menjadi bualan ramai susulan mereka sudah tidak saling mengikuti di Instagram.

Malah netizen juga mendakwa Uqasha mula memberi pelbagai bayangan mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Zaiton Sameon bukan peserta GV12