suria

[V] Uqasha Senrose minta nama anak tidak diheret, tak mahu ulas hantaran Kamal Adli… “Fikir sendiri”

PELAKON Uqasha Senrose berharap nama anaknya Hawra Uqaira tidak diheret dalam kes perceraian bersama aktor Kamal Adli.

Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, berkata dia kini mahu fokus kepada proses perundangan yang sedang berjalan ketika ini.

“Kalau boleh, saya tidak mahu sentuh apa-apa berkaitan isu anak. Kita fokus kepada perceraian sahaja,” katanya kepada mStar.

Uqasha terus kuat untuk melalui ujian rumah tangga.

Uqasha berkongsi perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur selepas selesai prosiding pertama pada pagi Rabu.

Menurut Uqasha, dia akan terus kuat melalui ujian rumah tangga bersama anak tercinta. 

“Saya okay, selagi tidak memudaratkan diri saya dan kesihatan, saya akan teruskan untuk diri dan anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak nampak kelibat Kamal Adli, Uqasha Senrose tiba di mahkamah jam 9 pagi

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang sabar, tiada persefahaman punca Uqasha Senrose fail cerai terhadap Kamal Adli… “Jangan tidak hadir begini, saya pun ada kerja”

“Anak ada bersama dengan saya. Setakat ini saya okay, insya-Allah,” tambahnya.

Ditanya mengenai hantaran yang dibuat Kamal pada 18 Oktober lalu, Uqasha memilih mengunci mulut dan membiarkan orang ramai membuat penilaian sendiri. 

“Fikir sendiri,” katanya sambil beredar dari perkarangan mahkamah.

Sebelum ini Uqasha dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 1 Oktober lalu.

Terdahulu rumah tangga Kamal dan Uqasha menjadi bualan ramai susulan mereka sudah tidak saling mengikuti di Instagram.

Uqasha (kanan) mohon anak mereka tidak dikaitkan dalam kemelut rumah tangga.

Malah netizen juga mendakwa Uqasha mula memberi pelbagai bayangan mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 10 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain