DESAS-DESUS mengenai keretakan rumah tangga pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose akhirnya terjawab apabila aktres itu nekad memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.
Difahamkan prosiding pertama kes perceraian pasangan itu berlangsung pada pagi Rabu.
Menurut sumber, rumah tangga pasangan itu sudah mula bermasalah sejak April lalu dan tiada kaitan dengan pihak ketiga.

Uqasha dilaporkan sudah memfailkan cerai terhadap suami.
Pasangan itu turut dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung memandangkan Uqasha kini menetap di rumah ibunya.
Terdahulu pasangan itu sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila didakwa sudah tidak lagi saling mengikuti di laman Instagram.
Uqasha ketika dihubungi mStar bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan isu tersebut dan memberitahu dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama.
ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Kamal Adli, Uqasha Sensrose saling ‘unfollow’ Instagram... “Saya rasa itu biasa”
ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose dedah terpaksa kembali aktif berlakon, netizen petik nama Kamal Adli
Sebelum ini pernah timbul dakwaan rumah tangga mereka bermasalah dan ketika itu Uqasha meminta bukti sekiranya ada yang ternampak dia hadir ke mahkamah syariah.
Malah, Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, turut menyangkal dakwaan berkenaan dan memberitahu bercerai merupakan perkara yang hampir mustahil untuk dilakukan kerana dia terlalu menyayangi keluarganya.
Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


