suria

Tak nampak kelibat Kamal Adli, Uqasha Senrose tiba di mahkamah jam 9 pagi

Kamal (kiri) tidak hadir pada prosiding penceraian mereka.

PELAKON Uqasha Senrose hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi prosiding sebutan cerai kali pertama pada pagi Rabu.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, dilaporkan tiba kira-kira pukul 9 pagi ditemani peguamnya, Nurfarhana Abd Manaf tanpa disedari rakan media yang menunggu di lokasi.

Bagaimanapun suaminya yang juga pelakon Kamal Adli, 39, dilaporkan tidak hadir dan hanya diwakili peguam. 

Uqasha (kanan) memfailkan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.

Sebelum ini, Uqasha dilaporkan memfailkan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.

Terdahulu, rumah tangga pasangan itu menjadi perhatian netizen selepas mereka tidak lagi saling mengikuti di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Kamal Adli, Uqasha Sensrose saling ‘unfollow’ Instagram... “Saya rasa itu biasa”

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose fail cerai, prosiding sebutan pertama ditetapkan hari ini

Malah, Uqasha turut didakwa memberi bayangan mengenai kemelut rumah tangga mereka menerusi beberapa hantaran di media sosial.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain