suria

Kamal Adli hadiahkan Uqasha Senrose telekung, akur arahan dilarang dekati isteri

Kamal Adli pujuk Uqasha dengan beri telekung kepadanya.

PELAKON Kamal Adli mengaku sudah berusaha memujuk isterinya iaitu aktres Uqasha Senrose demi mempertahankan rumah tangga yang kini berdepan kemelut.

Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, berkata salah satu usaha kecil dilakukan adalah menghadiahkan sepasang telekung buat Uqasha sebagai tanda kasih dan harapan untuk memenangi semula hati isterinya itu. 

“Saya ada bagi telekung kepada dia,” katanya ringkas kepada mStar.

Kamal berharap rumah tangga mereka masih boleh diselamatkan. 

Kamal berkongsi perkara itu ketika ditemui usai prosiding kedua di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Menurut Kamal, usaha menambat semula hati isterinya itu bagaimanapun menemui jalan buntu  apabila dia menerima surat daripada peguam Uqasha yang mengarahkannya supaya tidak mengganggu atau menghubungi anak guam.

“Saya dapat surat yang mengatakan jangan ganggu anak guam dia. Jadi saya hormat ‘cooling period’ itu. Kalau saya, memang saya nak (berjumpa),” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli rindu… Nafi curang, mengasari isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose nekad teruskan cerai, enggan komen soal rumah tangga

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Kamal iaitu Abdul Hadi Mohammad Salleh memberitahu pihaknya juga sudah menghantar surat bagi memohon pertemuan antara kedua-dua belah pihak bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga berkenaan.

“Kita usahakan dan sudah hantar surat untuk ajak jumpa secara peribadi,” jelasnya.

Sebelum ini, prosiding kedua perceraian antara pasangan itu terpaksa ditangguhkan selepas peguam yang mewakili Uqasha dilaporkan menarik diri daripada mengendalikan kes tersebut.

Kamal dan Uqasha mempunyai seorang cahaya mata iaitu Hawra. 

Menurut Abdul Hadi, prosiding itu dijalankan secara sebelah pihak berikutan tiada wakil baharu hadir bagi pihak Uqasha.

Untuk rekod, pasangan itu disatukan sebagai suami isteri pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang, dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain